Tuesday, March 31, 2009

Hujung minggu di selatan Tanah Air....


Pada hujung minggu yang lalu aku sekeluarga, ibu dan anak saudaraku menghabiskan cuti hujung minggu di negeri Johor Darul Takzim...... Pagi sabtu selepas isteriku habis mesyuarat sekolah nya, kami memulakan perjalanan..... terasa juga jauh perjalanan ke johor.... Dalam perjalanan aku sempat singgah ke rumah sahabatku Safari menyambut kelahiran cahayamata pertamanya....
Tergambar wajah keceriaan pada sahabatku yang baru bergelar bapa dan juga Jannah yang baru bergelar ibu....
Tahniah sahabat......
Tujuan ke negeri johor adalah untuk memenuhi jemputan walimatulurus anak saudaraku......
Pada sebelah malam kami sempat berjalan-jalan di pantai Lido dan Danga Bay...
Merasa lah makanan orang Johor Tahu bakar dan steamboat...... sedap jugak....

Monday, March 30, 2009

Syuhada' Tanah Melayu

SYUHADA' SEPANJANG ZAMAN


INSYAALLAH PADA KALI INI SHIEKH TEMPANG AKAN CUBA MEMBAWA TOKOH-TOKOH SYUHADA' DI TANAH MELAYU...


..................NANTIKAN KEMUNCULANNYA..................

"Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung Halamannya, Yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan dibunuh , pastilah akan-Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku memasukkan mereka kedalam syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. Sebagai pahala disisi Allah dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik"

(Al-Imran :195)

Mullah Dadullah




Mulla Dadullah telah aktif sebagai aktivis Gerakan Thaliban sejak permulaan penubuhannya lagi, iaitu di wilayah Qandahar, Barat daya Afghanistan pada tahun 1994. Tetapi Mullah Dadullah berada dalam arena Jihad sejak tahun 80-an dan beliau memimpin sebuah batalion mujahidin dalam peperangan menentang Soviet Union, saat itulah beliau kehilangan kakinya,namun tetapi ia bukanlah alasan untuk beliau meninggalkan Dunia Jihad yang suci ini. dan antara ungkapan kata-kata beliau...


" Semoga hilangnya satu kaki ini menjadi bayaran untuk mendapatkan tiket menuju Jannah"

Ketika rejim Amerika menyerang Afghanistan pada November 2001, Mullah Dadullah memimpin satu komanden yang berjihad di wilayah Utara. Disanalah banyak pasukan Thaliban terjebak dan kemudian dikepung oleh pasukan musuh di Qunduztetapi beliau tidak mahu menyerah diri. Dadullah terlepas dari satu kepungan dan kemudia beliau bergiat aktif semula di Kajai, iaitu di tanah kelahirannya di Helmand.

Pada Umumnya, pemimpin Thaliban cukup tertutup dari media masa, Mulla Dadullah inilah satu-satunya komanden pasukan Thaliban yang menampakkan jati dirinya dihadapan media massa. Pada awal tahun 2007, Dadullah bertekad untuk meningkatkan serangan terhadap pasukan penjajah. Tindakan ini juga telah menyebabkan kerugian besar kepada pihak musuh antaranya beliau pernah berhasil melakukan pertukaran tawanan antara Jurnalis Italy dengan pembebasan Lima orang komanden Thaliban pada bulan April 2007.

Selepas beliau meningkatkan gerakan ketenteraan dan penculikan dalam usaha melepaskan kawan-kawannya yang berada dalam penjara Bagram ataupun Guatanamo. Namun, belum sempurna perancangan dan keinginannya tercapai, Allah telah mengurniakan Syahid kepadanya pada hari ahad tanggal 26 Rabiulawwal 1428 bersamaan 13 Mei 2007. Beliau Syahid dalam Usia 40 Tahun, setelah melalui jalan yang panjang bersama perjuangan menegakkan Islam.

Al-Fatihah...........

Tuesday, March 17, 2009

Tafsir Hizbi (Pejuang-Pejuang Agama Allah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

_____________________________________________________

سُوۡرَةُ المجَادلة
Al-Mujadila : 20,21 & 22

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحَآدُّونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ٱلۡأَذَلِّينَ ٢٠

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. (20)


ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغۡلِبَنَّ أَنَا۟ وَرُسُلِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ۬ .٢١
Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (21)

لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٢٢
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (22)
___________________________________________________

Didalam ayat diatas jelas menggambarkan bahawa status yang telah Allah letakkan kepada golongan-golongan yang menentang agama Allah adalah ditempat yang amat hina.
Apakah gambaran bagi seseorang manusia pada status hina dalam ayat diatas...Kita lihat kini pada pandangan manusia sampah dan najis adalah dua perkara yang dianggap hina oleh manusia....

Namun tetapi pada hari ini Sampah yang dianggap hina pada sisi manusia telah mendapat tempat di hati manusia, dengan terbuktinya pelbagai syarikat dan agensi ditubuhkan semata-mata untuk mengumpulkan sampah... ada juga kita dengar manusia bergaduh disebabkan sampah. Dengan mendapatkan sampah ia mampu untuk menjana pendapatan manusia. Begitu juga dengan Najis yang mana pada hari ini Najis ini dikumpulkan bagi dijadikan baja pada tanaman sehinggakan manusia terpaksa membeli baja yang datangnya dari najis ini. Itulah hakikatnya HINA disisi manusia, tetapi bagaimana pula disisi Allah.

Bagaimanakah pengaplikasian Hina ini disisi Allah?

Sekiranya manusia termasuk didalam golongan Hina disisi Allah maka hinanya manusia adalah lebih hina dari sampah dan Najis. Begitulah juga Allah menerangkan kepada manusia kini iaitu terdapat golongan manusia yang beriman kepada Allah dimana mereka terpaksa bergaul dan berkasih mesra dengan golongan yang dianggap Hina oleh Allah ini, walaupun ia terdiri dari sahabat handai kita, kaum keluarga kita, Adik-beradik kita, anak-anak kita bahkan juga walaupun ibu-bapa kita. (Nauzubillah), Inilah peranan dan realiti seorang pejuang yang perlu dihadapi oleh orang yang benar-benar dikatakan Hizbi oleh Allah swt didalam ayat ini. Kita lihat bahawa mampukan manusia-manusia yang beriktikad sebagai pejuang ini, melihat orang yang begitu hampir dengan kita, seperti kaum keluarga kita dan sebagainya dilabelkan sebagai golongan yang Hina disisi Allah ini. Cubalah kita bayangkan bagaimana perasaan Junjungan besar Baginda Rasulullah saw apabila ia melihat bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Lahab diletakkan sebagai status Golongan yang Hina oleh Allah walaupun ia merupakan orang terdekat dengan Nabi Muhammad saw. Kita lihat bagaimana ketika Nabi Muhammad saw lahir kedunia, bahawa Abu Lahab lah orang yang paling gembira dan menghebahkan berita bahawa anak saudaranya telah lahir ke dunia. Mampukah kita untuk meneruskan agenda perjuangan yang masih belum selesai ini.
Yakinlah wahai Hizbullah sekalian bahawa janji Allah itu pasti..... dimana pada penghujung surah ini ada menyatakan ......

Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (22)



Syukran..........
Aku Hamba Yang lemah lagi Hina.....

Friday, March 13, 2009

Syamil Basayev





Syamil dilahirkan pada 14 Januari 1965, di Desa Pergunungan Vedanodi kawasan Tenggara Chehnya. Namanya diambil dari Imam Syamil, seorang ulama' Mujahid yang menentang penjajahan Russi pada abad ke -19. Beliau belajar di sebuah Universiti di Moscow dan setelah selesai belajar, beliau bekerja sebagai penjual komputer.


Syamil Basayev atau nama sebenarnya Abdallah Shamil Abu -Idris akhirnyaterlibat di dalam perjuangan yang panjang bersama-sama para pejuang Chehnya yang dipimpin oleh Panglima perangnya dan yang paling tersohor tentulah Syamil Basayev.


Selepas tewas di Afghanistan ketika berdepan dengan tentera Mujahiddin Afghanistan, tentera Russia di malukan buat kalu ke dua yang mendapat undi terbanyak selepascalon yang memenangi jawatan Presiden Chehnyaiaitu Aslan Mashkadov (juga telah dibunuh oleh tentera Russia) dalam pilihanraya Chehnyaakhir tahun 90-an dahulu.


Shamil Basayev telah kudung sebelah kakinya akibat terkena serangan tentera Russia tetapi itu bukannya membuatkan ia berhenti berjuang bahkan bertambah semaraknya semangat jihad beliau. Beliau terus berjuang sehinggalah beliau terbunuh ketika bersama 3 lagi anggotanya di dalam sebuah trak yang penuh dengan bahan letupan pada tanggal 10 Julai 2006.




Tiada lain yang diharapkan oleh para pencinta perjuangan Islam di seluruh dunia melainkan Shamil Basayev diterima SYAHID disisi Allah dan menikmati Janji-Janji Nya.

Thursday, March 12, 2009

SEKITAR DEMONSTRASI PPSMI

Sesi Taklimat yang disampaikan oleh wakil Unit Amal Pusat
Dilihat KP Kota Raja sedang memberi pesanan dan peringatan kepada jentera
Group Unit Amal menuju ke lokasi yang diamanahkan
Sebelum Bertempur isi perut di kedai mamak dulu
Bacaan Al-Mathurat diketuai oleh wakil Unit Amal
Tazkirah ringkas yang amat bermakna disampaikan oleh wakil Unit Amal bagi mendekatkan diri kepada Allah dan antara isi tazkirah dipetik dari sepotong ayat surah Al-Mujadalah
Sempat lagi bergambar sementara menunggu sahabat-sahabat lain menunaikan solat
Shiekhtempang sempat bergambar dengan s/u sementara menanti ketua kontijen Ust Abu Bakar Chik
Tembakan Gas pemedih mata yang pertama
Ketibaan Keranda 152
Apabila semua sudah dikepung maka berkumpul kembali di perkarangan Masjid Negara
Shiekhtempang sempat mengambil gambar kelonsong gas pemedih mata

Wednesday, March 4, 2009

Ayah dan Parkinson


Semalam, adalah giliran aku membawa ayah untuk membuat rawatan Parkinson di Hospital Kuala Lumpur. Aku diberitahu oleh emak tentang keadaan ayah yang kurang sihat dan agak lemah sejak beberapa hari kebelakangan ini...... Pada Hari Isnin Malam aku menjemput ayah dan emak dari rumah abangku di Cheras....... Ternyata keadaan ayah amat lemah dan seolah-olah tidak bermaya sehinggakan aku terpaksa mengangkat ayah untuk naik ke kerusi roda. Kebetulan tenaga elektrik di rumah abang tiada pada malam itu...... Aku mengangkat ayah dari kerusi roda untuk masuk ke dalam kereta..... Aku membawa ayah dan emak menuju ke rumah ku...
Tepat jam 7.00 pagi (3/3/2009) aku memulakan perjalanan bertolak dari rumah menuju ke hospital... Ternyata keadaan di Ibu kota amat sesak..... sehinggakan
terpaksa terlibat dalam kesesakan jalan Raya... Tepat jam 8.30 pagi aku sampai di HKL dan aku terus menuju ke Pusat rawatan Kaji Saraf..... atau dengan lebih tepat lagi Klinik Neurologi. Sampai sahaja di sana aku menguruskan pendaftaran ayah untuk rawatan ulangan setiap 4 bulan sekali.... ternyata ramai orang yang hampir sama penyakit dengan ayah sedang menanti di ruang menunggu. Aku melihat keadaan ayah semakin tidak stabil kerana kekuatan ubat yang ayah makan pukul 6.00 pg td telah tidak berfungsi lagi.... Jam baru menunjukkan pukul 9.00, sedangkan waktu makan ubat sepatutnya adalah pukul 10 nanti.... Aku memberitahu pada emak kene bagi ayah makan ubat sekarang.... Takut keadaan ayah semakin tidak bermaya nanti berjumpa dengan doktor....




Apabila selesai pendaftaran.... Aku membawa ayah ke bilik NO 7, yang merupakan bilik pakar saraf yang selalu merawat ayah... Sehinggakan pada sesi yang lepas aku bertemu dengan doktor pakar dan mereka amat mengenali ayah..... dek kerana ayah merupakan antara orang yang paling lama mendapatkan rawatan Parkison di HKL. setelah beberapa pembantu jururawat mengambil tekanan darah ayah..... Alhamdulillah tekanan darah ayah agak stabil 127/79.... sempat ayah tersenyum dan memberitahu ku. Alhamdulillah darah ayah ok..... aku membalas senyuman ayah sambil tertawa...... Sambil menguruskan ayah aku sempat melihat telatah pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Sememangnya penyakit ini tidak mengira umur.... Yang tua mahupun yang muda, tidak kira lelaki mahupun wanita...... dan tidak juga mengira kaum..... Ya Allah Kau sememangnya lebih mengetahui apa yang Engkau Lakukan..... Sambil aku membaca surat khabar, emak yang sedang duduk menunggu, dan ayah yang sedang duduk di atas kerusi roda.... sambil memikirkan tentang kekuatan dirinya yang sentiasa bergantung dengan ubat....... Aku terdengar nama ayahku dipanggil... Omar Bin Yop Masry..... lantas aku bangun dan membawa ayah masuk ke dalam bilik untuk bertemu dengan Pakar.......


Masuk Saje aku ke dalam bilik ayah di sapa oleh doktor, Yes PakCik... Apa Khabar?..... So macamana PakCik?....... aku menceritakan tentang keadaan ayah yang agak lemah sejak kebelakangan ini..... aku juga menceritakan kepada doktor tentang kaedah pemakanan ubat ayah..... pada pertemuan yang lepas doktor ada delete satu jenis ubat, bagi melihat keadaan ayah ku pada kali ini... dan aku turut mencadangkan bahawa ubat lama itu di berikan semula......

Disamping itu juga aku mendapat penerangan tentang ayah dan perkaitan ubat-ubatan yang dimakan oleh ayah.... sememangnya terdapat beberapa kesan sampingan apabila memakan ubat-ubatan ini...... antara nya kadang-kadang pemikiran kita akan hanyut dan tidak mampu berfikir dengan betul, aku sempat merenung wajah ayah yang duduk di atas kerusi roda, ia seolah-olah pasrah dengan ketentuan ilahi ini..... aku juga memberitahu doktor tentang mata ayah yang selalu kemerahan... Doktor menjawab ini merupakan salah satu kesan sampingan ubat yang dimakan oleh ayah..... Ternyata ayahku merupakan seorang yang kuat semangat, tidak mudah putus asa dengan pelbagai ujian yang menimpa dirinya..... setelah selesai berjumpa doktor, aku berususan dengan pembantu jururawat untuk mendapatkan tarikh pemeriksaan akan datang.....

Aku memberitahu ayah...... 23/6/09 nanti kita datang lagi...... Selesai sesi pemeriksaan, masuk ke sesi pengambilan Ubat-ubatan...... aku menunggu di kaunter Farmasi untuk mengambil ubat-ubatan ayah mengikut slip yang dilampirkan Doktor. Hampir 15 minit aku menanti nombor giliran ayah dipanggil....... Jam menunujukkan 11.45 dan kami terus pulang kerumah..... Di dalam kereta ayah berkata......Jom kita pergi makan? ok jawab ku.... Doktor cakap tekanan darah ayah OK kan? kalau ok ayah nak makan Nasi Briyani boleh....... ok no problem..... tersenyum emak melihat telatah ayah...... aku membawa ayah dan emak makan di sebuah restoren yang sering aku dan isteri kunjungi..... Ternyata masakan kegemaran ayah Nasi Briayani dan Kari Kambing mampu untuk melupakan kesakitan yang ditanggung ayah...... riak kegembiraan ayah dan emak membuatkan aku gembira..... Ayah sempat juga mengingatkan aku supaya membeli sebungkus nasi untuk isteriku yang berada di sekolah... setelah selesai Kami pulang kerumah.

..........Ayah dan Emak........
..........Aku bangga menjadi anakmu..........
..........Mempunyai ayah yang Kuat dan Cekal menempuh kehidupan..........
.....membesarkan aku sehingga aku menjadi manusia.....
.....Ibu yang tabah melayan kerenah anak mu ini disamping tabah menjaga ayah disisi.....
.....Segala pengorbanan yang Ayah dan emak berikan takkan aku persiakan.....
..........Ayah dan Emak........
..........Ketahuilah yang aku amat menyayangi Diri MU..........
..........Ya Allah Ampunilah Dosa-dosan kedua ibubapaku..........
..........Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil..........
..........Aminnnnnn Ya Rabbal Alamin..........