Wednesday, January 28, 2009

Yahya Ayyash


Kisah Syuhada dari timur tengah yang terakhir ialah seorang yang amat disegani dikalangan rakyat Palestin serta merupakan idola bagi golongan anak muda dan pejuang-pejuang Hamas.


Yahya Abd al-Latif Ayyash merupakan pakar pembuat Bom bagi Hamas dan salah seorang pemimpin battalion Samaria bagi Brigade 'Izz al-Din al-Qassam sayap ketenteraan Hamas. Atas kebolehannya itu beliau digelar sebagai Al-Muhandis (The Engineer)

Ayyash dilahirkan pada 22 Februari 1966 di Rafat, wilayah Ramallah, Palestine. Merupakan anak pertama dari 3 adik beradik. Sejak kecil ia merupakan anak yang berakhlak dan menghafal al-Quran sejak kecil.

Ketika remaja ia amat meminati bidang elektrikal dan mekanikal khususnya membaiki radio dan televisyen. Setelah selesai sekolah tinggi beliau memasuki Universiti Bir Zeit pada tahun 1985 dan berjaya mendapat Bachelor Of Science bagi bidang Elektrikal Engineering pada tahun 1991. Tahun 1992 beliau menolak untuk menyambung pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi dan beliau terus melibatkan diri dengan pergerakan bersenjata sayap al-Qassam Hamas.

Kemampuannya mereka cipta bahan letupan dengan bahan mudah yang sedia ada di Palestine termasuk sabun. Intifadhah Palestin menjadi kian mekar dengan kejayaan pengebom berani mati di tempat-tempat strategik musuh Yahudi. Beliau meyumbangkan tenaganya dalam islam melalui kepakarannya membuat Bom dalam meneruskan Jihad Islam menentang pendudukan tentera yahudi di bumi Palestin. Beliau merupakan seorang yang paling dikehendaki Israel dan sentiasa diburu pengganas Yahudi. Bagi penduduk Palestin beliau merupakan idola bagi semua orang.

Ayyash merupakan sasaran utama Shabak, iaitu perisik rahsia Israel. Pada 5 Januari 1996, di gaza Shabak telah menggunakan tipu helahnya mempergunakan seorang teman Ayyash yang sanggup mengkhianatinya dan memberikannya telefon bimbit yang diisikan bom. Ketika Ayyash menggunakannya, pihak Shabak telah meletupkannya dan Allah telah mengabulkan cita-citanya iaitu Mati Syahid di jalanNya ketika baru berusia 30 tahun

Jenazahnya diiringi 500 ribu penduduk Palestin yang pastinya bakal melahirkan beribu-ribu Ayyash yang terus hidup pada masa depan....
InsyaAllah selepas ini shiekhtempang akan cuba bawakan kisah syuhada' dari Asia Tengah pula...... InsyaAllah..........
Doakan Shiekhtempang.... berjaya mengemudi blog ini.........

Tuesday, January 27, 2009

44 Presidents Of The United States

Berikut merupakan pemimpin-pemimpin Amerika bermula dari yang pertama iaitu George Washington sehingga kini ke 44 iaitu Barack Obama...... Disebalik wajah-wajah mereka tersimpan seribu satu agenda.

Sesungguhnya tidak sempurna sesuatu pemerintahan itu melainkan Pemerintahan berasaskan Syariat Islam.....

Mampukah Obama..................? Segalanya telah tertulis di dalam Al-Quran.............

Shiekhtempang x pernah terdetik untuk yakin dengan mereka yang bahawasanya golongan ini mampu mengubah nasib umat islam di dunia ini.

Islam Memerintah Bukan Diperintah.......................

Sunday, January 18, 2009

As-Syahid Syaikh Said Shiam


Berjuang melindungi rakyat Palestin.

Setengah Abad Berjuang dan Berkorban

50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan, berjihad dan berjuang serta membela nasib rakyat Palestin.
Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. Salasilah keluarganya berasal dari marga Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin jajahan 48. Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds pada tahun 2000

Seorang Guru yang Soleh
As-Syahid pernah bekerja sebagai pengajar di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. Beliau juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.
Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa Rekonsiliasi yang dibentuk Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid
Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.

Menteri Dalam negeri Palestin, pimpinan Ismael Haneya, Syaikh Said Shiam syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel pada petang 15 Januari 2009 yang lepas. Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain meninggal dalam peristiwa tersebut.

Sesungguhnya doa beliau telah termakbul dan diterima oleh Allah swt. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas pemergian beliau sebagai syuhada....

Ya Allah kabulkan lah permintaan ku untuk syahid, tempatkanlah aku dikalangan para-para syuhada, di sisi Para Nabi... Ya Allah Kabulkanlah permintaan ku Ini.......

Shiekh tempang teringat kepada satu kisah bahawa
apabila Allah swt bertanya siapakah diantara kamu yang ingin keluar dari syurgaKu ini, sudah tentu sesiapa yang telah menginap di syurga Allah, pasti tidak akan sekali-kali mahu meninggalkannya. Tetapi terdapat satu golongan lantas mereka bangun dan memberitahu bahawa mereka ingin keluar dari Syruga Allah kerana masih lagi belum puas Berjuang menegakkan Agama Allah yang tercinta.
Merka itulah.....................PARA SYUHADA'

Al-Fatihah........

Wednesday, January 14, 2009

Anugerah Juara Lagu


Tak habis-habis dengan anugerah yang sememangnya saya merasakan tidak seharusnya berlansung ketika ini, program yang lebih dikenali dengan Muzik-Muzik bakal berlansung pada hujung minggu ini sewajarnya ditangguhkan kerana pertandingan sedemikian tidak memberi apa-apa makna dalam menentukan kemenangan dan kekuatan umat islam di Palestin...

Program ini yang majorotinya di sertai oleh golongan yang bernama umat islam.....

Tidakkah umat islam merasakan satu impak yang begitu menusuk kedalam hati sebagai seorang muslim apabila saudara-mara kita di bumi Gaza sedang bertarung dengan darah..... bahkan tetapi umat islam di Malaysia sedang bersorakan, menghitung siapakah yang akan menjadi juara dek kerana akan berlansungnya anugerah juara lagu atau muzik-muzik ini, Tamparan ini seharusnya dipandang serius oleh Media yang sudah mencapai usia 25 tahun ketika ini.

Apakah usia 25 tahun tidak tahu memikirkan antara baik dan buruk,

Apakah dengan usia 25 tahun ini tidak kenal diantara najis dan makanan,

Apakah usia 25 tahun masih tidak kenal erti hormat-menghormati, siapakah lawan dan siapakah kawan?

Apakah dengan usia Jubli Perak ini tidak faham dengan jerit payah umat islam di bumi Palestin...... sekiranya ini lah yang berlaku.... media inilah sebagai contoh yang menggambarkan anak muda berusia 25 tahun di Malaysia..... Begitu cetek dan dangkalnya umur sebaya ini.

Sememangnya media amat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sesebuah negara. Inikah yang dikatakan Inspirasi Hidupku.......... Cuba bayangkan Usia yang sebaya dengan media ini, mereka sedang bertarung habis-habisan bagi menyelamatkan Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama bagi umat islam. Tidakkah kita melihat pejuang-pejuang Hamas sedang bertungkus lumus menyelamatkan bumi Palestin seterusnya menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang disebut dengan jelas dalam Al-quran. Sememangnya perjuangan mereka ini bukan hanya perjuangan menyelamatkan bangsa mereka tetapi perjuangan bagi menegakkan Aqidah umat islam termasuk kita yang berada di bumi Malaysia ini...

Sebagai umat islam yang hidup dalam keadaan aman di bumi Malaysia ini kita seharusnya merasa malu dengan menganjurkan program yang tidak mendatangkan natijah yang baik seperti ini. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah swt kerana tidak memberi kita ujian yang berat seperti ujian yang sedang dilalui oleh saudara seagama kita di bumi Gaza.

Apakah Jawapan yang bakal kita jawab ketika bertemu dengan Allah swt nanti? Sanggupkah kita mengaku yang Umat Islam adalah saudara-saudara kita, sedangkan ketika umat islam memerlukan pertolongan, kita hanya mampu untuk berpeluk tubuh..... Jelas Sabda Rasulullah saw ; Tidak beriman seseorang itu sekiranya ia tidak mengasihani saudara-saudaranya..


Pada ketika ini sayang sekali sekiranya air mata yang membasahi pipi dibazirkan dengan meratapi kekalahan artis pujaan kita tewas didalam anugerah ini, seharusnya air mata kurniaan Allah ini digunakan bagi merintih pertolongan Allah bagi membantu saudara-saudara kita....

Pelbagai pihak seharusnya memaikan peranan dalam membendung program-program sedemikian....

Di manakah suara dari Majlis Fatwa Kebangsaan?

Di manakah suara-suara keramat Mufti?


Dimanakah suara Menteri Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri?

Dimanakah pegangan kita selaku umat Islam bagi mempertahankan aqidah kita?
Jangan hanya kita mampu untuk membaca atau mengenang kisah Khalid Al-Walid ketika sedang bertarung dengan maut apabila disiksa dengan kejam oleh rejim kufar dek kerana mempertahankan Aqidahnya yang suci....
Ya Allah Kami memohon pada mu agar memberi pertolongan kepada saudara-saudara kami di Palestin....
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia memdapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): " Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami. serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(Surah Al-Baqarah : 286)





Monday, January 12, 2009

Abdul Aziz Rantisi

Pada Minggu ini syuhada dari timur Tengah yang kedua ialah salah seorang pelopor Hamas, beliau dilihat sebagai tokoh rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23 oktober 1947 di Binaa iaitu antara Asqalan dan jaffa di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian KhanYunus bersama para puluhan ribu pelarian yang lain. Pada waktu itu umurnya hanya berusia 6 bulan. Di perkemahan itulah beliau membesar bersama sebelas orang adik- beradiknya yang lain. Di sinilah beliau telah memulakan persekolahannya dan sambil bekerja demi kemiskinan dengan persekitaran perkemahan yang serba dhaif. Pada tahun 1965 beliau telah menamatkan pembelajaran menengahnya dan melanjutkan pelajarannya ke Fakulti Perubatan Di Universiti Iskandariah Mesir, dan tamat pengajian pada tahun 1972. Beliau selesaipengajian Sarjana di bidang Peditrasi (Perubatan Kanak-Kanak) pada tahun 1976 dan terus berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Nasir Khan Yunus, Palestin.
Semenjak pelajar lagi beliau amat aktif dengan kerja-kerja amal kebajikan dan dakwah apatah lagi semasa perkhidmatannya di Khan Yunus. Beliau sebagai jawatankuasa Majma' Islamiy di Gaza, pimpinan Persatua Doktor Arab, Pertubuhan Bulan Sabit palestin, beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang perubatan kanak-kanakdan juga biologi di Universiti Islam Gaza bermula dari tahu 1978.

Pada tahun 1983 beliau telah dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan Zionis Israel dan sekali lagi pada 1988. selepas turut sama mengasaskan gerakan HAMAS pada tahun 1987, maka bermula lah era penentangan bersenjata terhadap Israel. Buat kali ke tiganya beliau telah dipenjarakan pada tahun 1988 kerana penglibatannya dengan HAMAS. Beliau dibebaskan selepas dua tahun setengah dipenjarakan tetapi selepas tiga bulan beliau telah di penjarakan lagi pada tahun 1990 selama setahun dalam satu sel bersama Shiekh Ahmad Yassin, Bapa Perjuangan HAMAS.

Apabila bebas beliau kembali ke Gaza, beliau sekali lagi dipenjarakan oleh pihak rejim sehinggatahun 1997, Selepas keluar dari penjara tersebut, dalam tempoh tidak sampai setahun pihak berkuasa autonomi (Palestinian National Authority-PNA) yang diketuaioleh Yasir Arafat pula telah memenjarakan Dr. Rantisi pada tahun 1998. Selepas 15 bulan dipenjarakan akhirnya beliau dibebaskan kerana kematian ibunya. Belum puas menghirup udara kebebasan , beliau telah dipenjarakan lagi sebanyak tiga kali oleh PNA.

Beliau telah dibebaskan buat kali terakhir selepas beliau melancarkan mogok lapar dan apabila jet pejuang Israel menyerang para tahanan di penjara milik PNA. pembebasannya ini mengakhiri 27 bulan beliau depenjarakan oleh PNA. Selepas keluar masuk penjara akhirnya pada tanggal 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi dengan membedilnya dengan roket yang di lancarkan oleh Helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka. Selepas Syahidnya Shiekh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin Hamas di wilayah Gaza dan meningkatnya tentangan terhadap Israel.

Pencarian beliau berakhir pada Hari Sabtu 17 April 2004 beliau telah menemui Allah swt sebagai Syahid apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis di jalan al-Jallaa di wilayah Gaza...
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Status Syahidnya...

Ya Allah Menangkanlah pejuang-pejuang agama mu.......
TAKBIRRRRRRRRRRRR

Tuesday, January 6, 2009

Abu Musab Al-Zarqawi....


Ucapan salam buat teman-teman yang melayari blog ini... sememangnya matlamat blog ini diwujudkan adalah sebagai catatan sebuah kenangan.... InsyaAllah buat pertama kalinya ana akan membawa anda mengenali beberapa orang syuhada di Timur Tengah. Sebelum saya membawa anda melayari catatan seorang Syuhada yang pertama ini marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah khas untuknya........Al-Fatihah........

Kenal kah anda dengan Abu Musab Al-Zarqawi?, jelas diwajahnya terpancar sinar iman, sememangnya syahid adalah matlamat bagi seseorang pejuang yang menegakkan agama Allah. Alhamdulillah Allah memperkenankan doa beliau... InsyaAllah saya akan cuba membawakan anda mendekati beliau dengan lebih dekat lagi..... Semoga dengan penulisan yang ringkas ini mampu untuk menyemarakkan kekuatan kita yang juga sedang memperjuangkan Agama Allah yang mulia ini..... InsyaAllah...............

Abu Musab Al-Zarqawi berasal dari kota Zarqa di Jordan. nama sebenarnya adalah Ahmed Nazzal Fadil Khalayiah. beliau lahir pada 20 oktober 1966. Al-Zarqawi berhijrah menuju ke Afghanistan pada tahun 1989, di mana beliau lebih memberikan perhatian kepada pemuda Jordan dan Palestin, serta membina Camp untuk dijadikan tempat latihan mereka

Pada tahun 1955, Al-Zarqawi kembali ke Jordan dari Afghanistan. Namun apabila tiba di jordan pihak berkuasa menangkapnya. Setelah dibebaskan, beliau kembali lagi ke Afghanistan pada era kekuasaan taliban.
Di Afghanistan, Al-Zarqawi banyak menguruskan hal keluarga Afghan Arab yang tewas atau tertangkap pada masa penaklukan Soviet Union atau mereka yang ditangkap apabila pulang ke Jordan atau Palestin.

Pada Bulan oktober 2000, Hakim Jordan telah menjatuhkan penjara 15 tahun kepada Al-Zarqawi meskipun pada masa itu Al-Zarqawi berada di Iraq. Jordan meminta secara rasmi kepada kerajaan Iraq agar menyerahkan Al-Zarqawi. Di iraq beliau memimpin tentera Ansar Al-sunnah di Fallujah dan mengetuai serangan terhadap sasaran pasukan penduduk Amerika Syarikat di kota tersebut dan Wilayah Segitiga Sunni lainnya.


Al-Zarqawi akhirnya menempa status Syahid ketika berlakunya pertempuran dengan tentera Amerika dengan Kem Askar al-Sunnah di sempadan kurdistan pada 23 Mac 2003 bersama para mujahid yang lain seramai 57 orang. Semoga darahnya menjadi Obor Jihad di bumi Iraq sehingga meraih kemenangan kepada Umat Islam... TAKBIRRRRRRRRRR


"Jangan sekali-kali kita biarkan Yahudi Laknatullah meratah daging-daging umat Islam.

Friday, January 2, 2009

Malam Tahun Baru....


Tahun Baru 2009. Sememangnya satu malam yang ditungu-tungu buat anak muda remaja zaman kini.... Aku tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati apakah keseronokan yang membuatkan para remaja dan sebilangan manusia menanti saat-saat detik 12 malam untuk menyambut tahun baru. Aku menerima SMS dari s/u Pemuda kawasan kota Raja tentang XPDC Dakwah yang akan diadakan di Dataran Shah Alam bersama-sama pemuda dari Shah Alam... Sememangnya ia merupakan satu kerja yang aku cintai..... Kami diarahkan untuk berkumpul di perkarangan Masjid Negeri tepat pada jam 10.30 malam.... Dalam perjalanan kami ke sana, kami sempat bertembung dengan puluhan kumpulan anak-anak muda yang lingkungan umurnya 13-17 thn menunggang basikal menuju ke Dataran Shah Alam.... Dalam benak fikiranku dimanakah Ibu bapa Mereka........ Apakah yang mereka fikirkan.......
Tepat Jam 10.30 malam aku bersama sahabat-sahabat kota raja tiba di Masjid Negeri...... Aku melihat ada beberapa orang pemuda yang hampir sebaya sedang menunggu kedatangan kami....

Tiba Jam 10.45 malam Kami diarahkan berkumpul untuk membaca Al-Mathurat bagi mendapatkan keberkatan Allah swt dan memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan kerja Dakwah ini... Alhamdulillah pada malam itu anggaran seramai 50 orang Pemuda yang sedia untuk mewakafkan diri untuk islam sedia untuk bertempur di medan dakwah... Ketika membuat liqa' membaca mathurat aku teringat zaman ketika aku di kampus.... menjalani program tarbiah.... Aku terbayang muka-muka sahabatku di kampus .... kemanakah mereka?... Ya Allah teguhkanlah hati mereka dan istiqamahkan lah mereka di dalam perjuangan menegakkan agama mu.............Hindari lah mereka dari mengejar Duniawi....
Setelah selesai bacaan Al-Mathurat kami diberi penerangan tentang method Dakwah dan beberapa pesanan dari ketua pemuda Shah Alam.... Kami juga diingatkan dengan persiapan yang perlu dilakukan untuk medan jihad kecil di kuala Terengganu dan keadaan umat islam terkini di Palestin akibat serangan dari rejim zionis israel.... sememangnya kata-kata beliau menjadi pelengkap kepada permulaan XPDC dakwah kami pada malam itu...Sebelum memulakan perjalanan kami di bahagikan beberapa kumpulan dan mebaca Doa Qunut Nazilah yang penuh bersemangat dibacakan oleh ust Firdaus....
Tepat Jam 12.15 mlm kami bergerak untuk mengedar risalah dan memberikan penerangan tentang peranan dan azam yang harus dilakukan oleh seorang muslim... Pelbagai peel dan perangai anak muda aku temui.... Aku sempat berborak dengan sebuah keluarga yang sedang melepak di kaki-kaki lima dataran.... sambil aku mengedar risalah yang diberikan.... seorang Pakcik menyapa "Nak mana bunga api nya... Dah sudah ke belum..." Aku tersenyum dan memberitahu bahawa pertunjukan bunga api x der ....... Jam sekarang pun dah menunjukkan 12.30 mlm... (Sememangnya Pemerintahan kerajaan baru tidak menyambut kedatangan tahun baru) Jelas wajah kekecewaan terbit di muka pakcik tadi.... Apa yg aku fikirkan ialah mengapakah Sorang pakcik yang hampir separuh umur bersama isterinya.... amat menunggu pecikan bunga api ...... Inilah tarbiah yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini dengan menghidangkan hiburan tanpa kawalan...... yang masih melekat di hati-hati rakyat....

Sememangnya metaliti rakyat telah dijajah oleh bangsa sendiri yang hanya mementingkan duniawi..... Aku melihat anak-anak muda remaja amat liar seolah-olah dahagakan hiburan...... Ini adalah cabaran yang perlu ditempuh oleh pemimpin baru....... Agar sinar islam bersinar kembali............
Aku sempat juga bertembung dengan beberapa badan lain yang membuat rondaan seperti JAIS, JPJ, POLIS dan lain-lain lagi..... Tepat Jam 1.30 pg kami berkumpul semual di Masjid dan di hidangkan dengan sebotol mineral water sebagai penghilang dahaga....setelah sema ada kami sesi muhasabah diteruskan dan Taklimat terakhir diberikan oleh wakil-wakil kawasan dan tepat jam 2.00 pg kami bersurai... Aku tiba di rumah pada jam 2.30 pg.

Ya Allah Kau berkatilah usaha kerdil hambamu ini walaupun aku tahu ia tidak sehebat pejuang-pejuang agama mu di Palestin dan Afghan.... Berikan aku kemudahan untuk meneruskan perjuangan agamamu, Teguhkanlah hati sahabat-sahabatku di dalam perjuangan agamamu, Hindarilah dari perasaan takut dan gementar melainkan bertemu dengan Mu dan peliharalah kehormatan keluarga ku....... Amin............

Sememangnya Malam ini membuat aku menggamit memori silam.........