Wednesday, February 18, 2009

Syiekh Abdullah Azzam

Lama dah rasanya Shiekhtempang tak menulis pasal kisah-kisah Syuhada'...... InsyaAllah kali ini shiekh tempang nak bawa anda semua ke Asia Tengah.... bagi mengenang para syuhada' serta menambahkan lagi kekuatan dan istiqamah kita untuk berjuang menegakkan agama Allah.

24 November, 18 tahun Islam. Seorang tokoh pejuang Islam telah kembali menghadap Allah swt dengan begitu indahnya iaitu Syiekh Abdullah Azzam.

Syiekh Abdullah Azzam dilahirkan di sebuah perkampungan di utara Palestin iaitu di selat al-Hertha di daerah Jenin pada tahun 1941. Abdullah Azzam berasal dari keluarga yang baik dan teguh agamanya. Rakan-rakan mengenali Azzam sebagai seorang Wara' dan sangat berhati-hati dengan dosa.

Beliau berkelulusan PHD dalam bidangUsul Fiqh dan MA dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum ini, beliau memperolehi ijazah BA dalam jurusan Syariah di Universiti Damsyik, Syiria. Sejak Syiekh Abdullah Azzam meluangkan sepenuh masanya untuk berjihad, beliau telah berjaya mengubah pandangan umat islam tentang kepentingan jihad yang merupakan satu tuntutan Islam terhadap umat Islam yang mukallaf. Beliau banyak menulis kitab tentang jihad dan tersebar seluruh dunia. Beliau berpindah dari Palestine dan berjihad di bumi Afghanistan. Beliau dan isterinya menolak jawatan pensyarah Universiti demi mencari kematian yang mulia.

Perjuangan Jihadnya di bumi Afghanista akhirnya mendorong ramai para mujahidin seluruh dunia turut sama membantu saudara mara di bumi Afghanistan. Ini menjadikan beliau sasaran utama musuh untuk membunuhnya. Pada Tahun 1989, sebuahBom telah diletakkan di bawah mimbar yang Syiekh Abdullah Azzam gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Dengan kebesaran dan pertolongan Allah swt bom tersebut tidak meledak dan ratusan orang terselamat.

Tanggal Hari jumaat 24 November 1989 di Peshwar,Pakistan. Musuh-musuh islam telah menanam 3 buah bom di jalan yang sempit. Abdullah Azzam meletakkan keretanya di mana terletaknya bom berkenaanyang telah siap di pasang. Ketika beliau berjalan menuju ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat, bom tersebut meledakdan Syiekh Abdullah Azzam gugur Syahid bersama Dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-Marhum Shiekh Tamim Adnani(pejuang Afghanistan)

Setelah ledakan bom itu berlaku, keluarlah ahli masjid. Mereka melihat keadaan mangsa letupan yang amat mengerikan. Serpihan mayat bertaburan di atas kabel-kabel elektrik. tetapi tubuh abdullah Azzam dijumpai bersandar pada sebuah tembok dalam keadaan sempurna dan tiada luka-luka atau kesan cedera kecuali sedikit darah yang mengalir dari bibirnya. As-Syahid Abdullah Azzam dikebumikan di tanah Perkuburan Shuhada'Pabi di mana terletaknya ribuan para Syuhada' disitu. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliah.... Al-Fatihah......

Sekitar Bengkel Nuqaba'

Pada 14 & 15 hb yang lalu shiekhtempang bersama isteri serta sahabat2 bertolak ke Kg Gajah perak bagi menunaikan amanah sebagai seorang khalifah di muka bumi Allah ini... Shiekhtempang bertolak dari Shah Alam pada jumaat malam dan terus menuju ke Ipoh..... Memang banyak dugaan dan rintangan dalam menyahut seruan Allah ini.... Bermalam dirumah Opah dan awal pagi sabtu terus menuju ke kamsis untuk berkumpul dan seterusnya bertolak ke kg gajah.. Shiekh tempang hampir kehabisan suara sepanjang program ini, Alhamdulillah program ini berjaya disempurnakan dengan sokongan dari safa, shahizan, fadhil dan Fazli.....




Muslimat pula dari Isteriku dan Huda serta ustazah haslina yang banyak membantu....Sememangnya ini merupakan kenangan yang amat indah dalam mengadakan program anjuran II solution...... Semoga Diberkati Allah dan mendapat keampunan dariNya...












Monday, February 9, 2009

Senario Sama Tetapi Situasi Sahaja Berbeza

Kepada BN PERAMPAS DAN GILA KUASA..
ini bukti PENYOKONG DAN PEMIMPIN BN …BUTA DAN TULI..
ini bukti penyokong BN BUTA SEJARAH...!!!
nak kata IR Nizar DERHAKA KONON...C
UBA BACA SEJARAH NIH...Mengenang Sejarah (panjang sikit la…..)

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum IniDALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu.
Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974.

Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan.

Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut: DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO. Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.ARAB BERSATUKes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri.

Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.MENJADI PERUNDINGMereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah.
Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.PARTI POLITIK“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.MENYIMPAN JANGGUTSetelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya.

Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.BURUK SANGKASelama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.
KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????

Sekitar Pengkebumian Ust Roslan Shahrum




Bacaan Talkin di sempurnakan oleh Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau serta ditempatkan di kalangan para-para syuhada....

Monday, February 2, 2009

Sok-Sek 2 Adun di Perak

Sudah sampai masanya..... sitem penapisan didalam PKR diperkemaskan dan di perhalusi..... Kejadian yang berlaku di Perak adalah contoh teladan yang perlu difokuskan bagi menjamin kualiti Parti pada masa akan datang. Penghijrahan 2 adun PKR adalah merupakan proses pembersihan direct dari Allah swt untuk PKR..... Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang Ia lakukan. Namun pula, BN menerima masuk 2 ahli EXX-PKR, 1 EXX-DAP dan Seorang pengkhianat Dari UMNO. Ini menunjukkan bahawa perancangan Allah untuk menghancurkan BN sudah memuncak. mereka diterima masuk kedalam BN tanpa mengira latarbelakang mereka yang kotor, kita tahu bahawa @ adun PKR ini terlibat dengan kes mahkamah yang akan dibicarakan pada 10 februari ini. BN masih lagi mahu menerima pesalah rasuah, walaupun BN sibuk mengatakan untuk membasmi rasuah diakalangan mereka, BN masih lagi menerima pesalah seks, walaupun BN sibuk memperkatakan ingin membasmi gejala rasuah seks di kalangan ahli mereka........ Lihat lah bahawa peracangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan... Shiekhtempang ingin berkongsi sedikit tentang apa yang dikatakan sebagai Istidraj......

Tahukan kalian darimanakah asalnya kekatu..... ia berasal dari anai-anai yang di kurniakan sayap....... Ini adalah contoh terbaik yang boleh diumpamakan seperti istidraj. Allah swt mengurniakan sayap kepada anai-anai dengan matlamat untuk menghancurkannya.... Apabila anai-anai memiliki sayap, mereka lupa akan diri mereka, bermegah-megah dengan sepasang sayap yang baru dimiliki mereka. Anai-anai yang mempunyai sayap ini di panggil kekatu. Kekatu seolah-olah lupa asal-usul diri mereka sehingga kan sanggup beterbangan keluar dari tempat penginapan mereka selama ini, Rata-rata kekatu yang keluar beterbangan masuk ke rumah-rumah manusia akan mati begitu sahaja.... Shiekhtempang teringat pesan ayah apabila kekatu masuk rumah, Ayah pesan tutup semua lampu dan buka satu lampu sahaja di luar rumah, bawah lampu yang menyala itu di letakkan se baldi air. Shiekhtempang bertanya kenapa? Ayah menjawab, nanti sayap kekatu yang mati x beterbangan ia akan melekat di permukaan air.... Lihatlah Allah swt mengurniakan rezki kepada mereka dengan tujuan untuk membinasakan mereka..... Jadi kita sebagai manusia perlulah sentiasa beringat dengan rezki, kemewahan, kudrat, kemenangan atau apa sahaja yang di kurniakan kepada kita agar Allah meredhai dan memberkatinya... Tidak untuk membinasakan kita....... Sekarang ini Allah sedang memberikan istidraj kepada BN atau Umno tidak lain tidak bukan untuk membinasakan mereka.....

Buat pejuang-pejuang agama Allah...... yakinlah apa yang berlaku adalah tarbiah dari Allah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji Hamba-hambanya yang taat akan perintahNya.... Mereka yang ingkar dan tidak kuat pertalian dengan Allah maka akar gugur tewas di pertengahan jalan....mereka ini lah golongan-golongan yang tercicir di jalan kebenaran....

Justeru itu shiekhtempang ingin mengingatkan bahawa kuatkanlah diri kita bergantung dengan Pencipta kita yang maha Agung..... Hanya kepadaNya lah yang layak bagi kita sebagai Hamba untuk bergantung harap.