Sunday, April 5, 2009

Raja Haji

As-Syahid Tanah melayu yang pertama saya bawakan ialah seorang tokoh
yang dikenali, Sejarah yang penting tentang tokoh syahid Fisabilillah di Melaka ini ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana menentang penjajah kuffar Belanda. Beliau berasal daripada keturunan Raja Bugis, negeri Luwuk. Disebelah ibunya pula berketurunan raja melayu. Raja Haji lahir dikota Lama di Hulu Sungai Riau , pada tahun 1139H(1727M) dan menempa Syahid pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198H (8 Jun 1784M)

Tahun 1756M, Raja Haji bersama sepupunya Daeng Kemboja memimpin Perang linggi melawan Belanda. Perang Linggi melibatkan pasukan-pasukan melayu yang ebrasal dari Linggi, Rembau, Klang, Selangor dan Riak. Raja Haji merupakan satu-satunya pahlawan Nusantara yang pernah menjejakkan kakinya hampir keseluruh negeri-negeri melayu. Diantaranya Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Langkat Inderagiri, Jambi, Muntok/Bangka, Pntianak, Mempawah dan lain-lain.

Beliau lebih rela mati di medan juang daripada menyerah ataupun tertipu oleh pihak musuh. Pada 18 Jun 1784M Raja Haji terbunuh sebagi Syahid Fisabilillah dalam peperangan melawan Belanda pimpinan Jacob Pieter Van Braam di Melaka. Pasukan Melayu yang tewas bersama Raja Haji dianggarkan sekitar 500 orang
Di catatkan bahawa Raja Haji dikatakan mempunyai sifat-sifat yang menarik dan merupakan pengembara berilmu luar biasa. Raja Ali Haji dalam Tuhfat an-Nafis meriwayatkan kejadian aneh terhadap jenazah Raja Haji setelah mangkat dalam Syahid Fisabilillah seperti berikut. "sebelum A-marhum Raja Haji ditanam, pada malam hari sebelum al-Marhum dibawa ke Betawi, keluarlah cahaya seperti api dari keranda al-Marhum. Ikutan dari peristiwa tersebut mereka yang melihat peristiwa tersebut bergaduh sesama sendiri yang menyebabkan kapal yang hendak membawa jenazah meletup, terbakar dan hancur segala isi kapal tersebut."
Beberapa tahun kemudian jenazah beliau dibawa ke Pulau Penyengat dan disemayamkan dalam makam yang terletak di Bukit Selatan Pulau Penyengat bersebelahan dengan makam Habib Syiekh, seorang ulama yang terkemuka di kerajaan Riau -Lingga.

No comments:

Post a Comment