Wednesday, April 29, 2009

Labibah Ahmad, Ketua Muslimat Ikhwan Muslimun Pertama

Kekuatan Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit dalam kancah politiknya.

Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat dengan gerakan pembebasan wanita.
Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang melayakkan mereka menjadi ahli neraka.


Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.


Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun
Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada 1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w., ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.
Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai pelajar terbaik ketika itu.


Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.
Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.

Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja. Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.
Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam dihasilkan dengan jayanya.

Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942. Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin al-Khatib.

Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah
Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum kewafatan Imam Syahid yang ditembak mati, Labibah menerima pelawaan itu dan mejadi Ketua Akhwat pertama.
Labibah menerajui sayap Akhwat berkenaan selama 10 tahun, akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pelapis selepasnya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membaca kitab-kitab agama khususnya yang berkaitan dengan Syari'at Islam. Labibah meninggal dunia pada usia 80 tahun iaitu pada 1955M/1385H di pangkuan keluarga tercinta.

Monday, April 27, 2009

Mahrajan Thaqafi

Program yang diadakan anjuran Sek Ibn khaldun tempat dimana isteriku mencari rezki.rgram ini diadakan secara besar-besaran selama 3 hari 3 malam bermula hari jumaat 24/4/09 sehingga lah berakhir ahad malam tadi. 16/4/09 . Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pementasan Palestin, Forum bicara Ad-deen pelbagai pertandingan dan banyak lagi, disamping acara cabutan bertuah yang menawarkan percutian 4 hari 3 malam ke Bukit Tinggi Indonesia yang di sponsor oleh agensi pelancongan. Isteri ku serta krew2 bertungkus-lumus menjayakan program ini... Tahniah Ibn Khaldun................... kerana berjaya menjadikan institusi pendidikan sebagai agenda dalam memartabatkan islam di muka bumi Allah ini..
Mahrajan Thaqafi pada kali ini bertemakan "Membangunkan Islam Tanggungjawab Bersama"
Antara-buku-buku fiqh hiraki yang sukar didapati di pasaran, ada dijual di sepanjang program Mahrajan Thaqafi

Nyayian lagu palestin dinyayikan oleh peserta persembahan dengan penuh semangat
Salah satu adengan iaitu Faris Audah yang gugur Syahid ketika membaling batu kearah rejim zionis. Akhirnya adik Faris Audah dijemput Allah sebagai syuhada'


Persembahan pelajar sekolah rendah ibn Kahaldun, mereka melakonkan watak Shiekh Ahmad Yassin. Sungguh menyayat hati....

Wednesday, April 22, 2009

Sekitar Muktamar Kawasan

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi pada 19/4 April pas kawasan kota raja telah berjaya mengadakan muktamar kali ke 7. Semoga dengan kepimpinan yang baru dilantik menjadikan Pas Kawasan Kota Raja seiring dengan perjalanan dakwah dan berjaya mendepani cabaran-cabaran yang bakal mendatang.
isteri ku yang sedang menjaga pendaftaran.

Antara barisan kelab penyokong Pas Kawasan teramai di Malaysia juga turut hadir sebagai pemerhati. Takbirrrrrrrr

Sunday, April 19, 2009

SEKITAR PILIHANRAYA BUKIT GANTANG

Walaupun sudah lama berlalu kenangan manis ini tidak aku lupakan
AKU BERSAMA-SAMA TEMAN-TEMAN LAMA DARI KAWASAN IPOH TIMUR YANG BERTUGAS DI UPU JLN SIMPANG TAMAN KAYA
Yop nak buat ape ni, jaga-jaga Pak Rahim nak potong dah ni......

Fadhil........ udah-udah lah tu takkan tengok jer....
ni model ke berapa ni......
haaaaaaaaaaaa.... ni replika same besar dengan model kapal selam tu....... hensem gak
satu-satunya buah mempelam yang dihadiahkan oleh kaum Tionghua kepada petugas PAS, berat sebiji buah pelam ni hampir-hampir 5 kilo... besar betul...
Tak cukup dengan keunikannya Tauke buah ni tampal pulak sticker nizar.... Dah nampak perubahan pada kaum tionghua kepada parti Islam....
Tidak kurang juga adik dari Taman Kaya ni walaupun berbangsa India tetapi mahu diselubungi dengan bendera PAS untuk gunting rambut dia.... Terima Kasih Yer....
You ask your Father to Support Nizar....
Wokey......
Salah seorang muallaf yang datang ke pondok panas PAS menyatakan kesediaannya untuk bersama-sama PAS, terus sign UP Ahli PAS....
Tahniah.... Semoga Islam kan Subur
Pak Rahim yang tak jemu-jemu menyediakan makanan untuk kami petugas-petugas.... disamping membersihkan tempat penginapan kami......
I respect you boss....
Diatas lori pun sempat lagi nak mengorat Puteri UMNO....
Jaga-jaga Ustaz, Ustazah nampak tau......
Haaaa, jejaka Idaman Malaya sambil control Macho di khalayak ramai..... Agak-agak boleh jadi calon tak? heheheheh
Uncle yang sedia menginfakkan rumahnya beserta api, air dan kelengkapan rumahnya sepanjang ceramah Dr Seri Anwar dan Tn Guru Nik Aziz.
Malam Ceramah diserikan lagi dengan persembahan dikir dari Kelantan.....
Dr Seri Anwar Ibrahim
Tn Guru walaupun keletihan tetapi masih mampu untuk bersama-sama memberi Ceramah
Haaaa, dah hampir siap dah kapal selam Najib Altantuya.... jaga-jaga dalam ade Altantuya bawa duit.....
Imam Din memberi final briefing sebelum hari terakhir persiapan
Tidak ketinggalan Dr Hatta Ramli juga sempat menjenguk kami dan membawa berita gembira

Tidak lupa juga MP kuala Selangor dan MP shah Alam.....
SCORPENE yang sedia untuk dinaikkan sebelum pkl 12.00 malam.... kapal selam ini diarak di sekitar TAman Kaya sebelum dinaikkan

dah sedia dinaikkan. Gambar diambil semasa hari pembuangan Undi

Semoga Allah menilai diatas sedikit usaha yang mampu aku infakkan

Syukran.........

CERAMAH BULANAN DI MARKAS

Pada sabtu yang lalu alhamdulillah markas tarbiah cawangan batu 7/8 telah berjaya mengembalikan sinar kegemilangan majlis ilmu dengan mengadakan Ceramah bulanan yang telah disampaikan oleh ust Muhammad bin Mustaffa. AJK dewan Ulamak PAS kawasan Ulu Bernam. Pada siri ini ust Mustaffa menerangkan tentang kepentingan seseorang muslim itu untuk mewakafkan diri untuk agama islam.. Semoga dengan sedikit usaha ini akan mampu memartabatkan islam di bumi jalan kebun InsyaAllah.

Ust Muhammad bin Mustaffa sedang menyampaikan pengajian.

Syukran Jazilan Al-Fadhil Ustaz.....

Monday, April 13, 2009

kartun


April 2009

Bulan yang terasa kesesakan nya....
Sudah lama rasanya aku tak menulis di sini..... sedar x sedar sehingga kini telah macam-macam yang berlaku.... tidak lupa dengan kemenangan kurniaan Allah di 2 bukit, hujan lebat yang hampir menenggelamkan rumah ku, kesihatan yang tidak menentu, dan di sajikan pula dengan bertukarnya Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet negara Ku.....macam-macam yang dijanjikan emmm malas lah nak komen... sekarang ni puak-puak tu bukan sahaja harus di komen tetapi harus ditukarkan sahaja....

Macam-macam boleh terjadi...... Disamping tu jugak bulan ini adalah merupakan bulan mesyuarat atau muktamar............... sekarang ni baru lah rasa lega sikit.... tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah dilantik.... agar dapat memenuhi tanggungjawab yang telah diamanahkan ini dengan sehabis baik......Semoga Allah memberkatinya...
Saban Hari aku memikirkan tentang permasalahan umat yang berlaku pada akhir zaman kini........
semakin aku berfikir semakin aku terasa bahangnya....... Mungkin anda masih tercari-cari apa yang ingin aku sampaikan...
Sememangnya Allah swt telah menjadikan manusia ini amat unik bermacam-macam pandangan , tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengabdikan diri kepada Nya.....
Apa yang ingin aku tampilkan disini ialah tindakan....
Jika tidak merancang mana boleh bertindak

Persoalan 1 = Apakah tindakan memerlukan perancangan?
Persoalan 2 = Apakah tindakan tidak boleh dilakukan tanpa perancangan?
Persoalan 3 = Apakah Perancangan merupakan perkara wajib sebelum bertindak?
Persoalan 4 = Apakah Perancangan boleh seiring dengan tindakan?

Apa yang perlu dipersoal?
x tahulah.................
bingungkan.................

Bertenang
Setiap permasalahan ada penyelesaian...

kita boleh bertindak adakalanya ia memerlukan perancangan yang teliti......dan adakalanya ia masih memerlukan perancangan tetapi hanya perancangan yang ringkas...
sebenarnya ia bergantung kepada situasi dan kondisi.....

Ada satu kumpulan yang terlalu banyak perancangannya sehinggakan perancangan itu difikirkan secara teliti. Nak buat itu, nak buat ni...... tapi siapa yang nak bertindak..........
takkan nak tunggu dan lihat..... Jadi disini dah ada jawapannya kan...... setiap tindakan pasti memerlukan perancangan... soal perancangan khusus atau tidak itu no2, yang pastinya memerlukan perancangan. disamping tu jugak perlu ada follow up. kalau tidak jadilah macam tadi.... semua ambil sikap tunggu dan lihat...... so?
Nak buat apa sekarang ni?
Rancang lah dengan sebaik-baik perancangan
tetapi ingatlah sebaik-baik perancangan Hanyalah dari Allah

antara kata-kata saidina Ali
kebenaran yang tidak terancang mampu ditewaskan oleh kebatilan yang sedia terancang.

Jadi fikir-fikirkanlah.....
Teruskan perjuangan

Sunday, April 5, 2009

Raja Haji

As-Syahid Tanah melayu yang pertama saya bawakan ialah seorang tokoh
yang dikenali, Sejarah yang penting tentang tokoh syahid Fisabilillah di Melaka ini ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana menentang penjajah kuffar Belanda. Beliau berasal daripada keturunan Raja Bugis, negeri Luwuk. Disebelah ibunya pula berketurunan raja melayu. Raja Haji lahir dikota Lama di Hulu Sungai Riau , pada tahun 1139H(1727M) dan menempa Syahid pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198H (8 Jun 1784M)

Tahun 1756M, Raja Haji bersama sepupunya Daeng Kemboja memimpin Perang linggi melawan Belanda. Perang Linggi melibatkan pasukan-pasukan melayu yang ebrasal dari Linggi, Rembau, Klang, Selangor dan Riak. Raja Haji merupakan satu-satunya pahlawan Nusantara yang pernah menjejakkan kakinya hampir keseluruh negeri-negeri melayu. Diantaranya Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Langkat Inderagiri, Jambi, Muntok/Bangka, Pntianak, Mempawah dan lain-lain.

Beliau lebih rela mati di medan juang daripada menyerah ataupun tertipu oleh pihak musuh. Pada 18 Jun 1784M Raja Haji terbunuh sebagi Syahid Fisabilillah dalam peperangan melawan Belanda pimpinan Jacob Pieter Van Braam di Melaka. Pasukan Melayu yang tewas bersama Raja Haji dianggarkan sekitar 500 orang
Di catatkan bahawa Raja Haji dikatakan mempunyai sifat-sifat yang menarik dan merupakan pengembara berilmu luar biasa. Raja Ali Haji dalam Tuhfat an-Nafis meriwayatkan kejadian aneh terhadap jenazah Raja Haji setelah mangkat dalam Syahid Fisabilillah seperti berikut. "sebelum A-marhum Raja Haji ditanam, pada malam hari sebelum al-Marhum dibawa ke Betawi, keluarlah cahaya seperti api dari keranda al-Marhum. Ikutan dari peristiwa tersebut mereka yang melihat peristiwa tersebut bergaduh sesama sendiri yang menyebabkan kapal yang hendak membawa jenazah meletup, terbakar dan hancur segala isi kapal tersebut."
Beberapa tahun kemudian jenazah beliau dibawa ke Pulau Penyengat dan disemayamkan dalam makam yang terletak di Bukit Selatan Pulau Penyengat bersebelahan dengan makam Habib Syiekh, seorang ulama yang terkemuka di kerajaan Riau -Lingga.

Thursday, April 2, 2009

Apabila Menteri Agama Tak tahu nak jaga Agama

Satu penghinaan yang yang amat dasyat semata-mata mahu meraih undi, inikah tokoh yang dijulang oleh kerajaan Umno dan BN untuk membawa slogan Islam.... laporan lanjut di sini .

Didalam petikan malaysiakini ada mengatakan ucapan Zahid, bahawa tarian ini adalah merupakan tarian kebudayaan orang cina..... Berhati-hati sebelum mengatakan sesuatu... anda sudah bertaraf menteri adakah aktiviti kebudayaan pun tidak dapat dibezakan.....

Jelaslah dengan perlakuan pemimpin ini amat memalukan sehinggakan sanggup menggadaikan maruah semata-mata untuk memenangi hati pengundi..... Apakah BN ini sememangnya dah tidak mampu diterima rakyat hatta walau sedikitpun sehinggakan sangggup mengadakan program sedemikian semata-mata untuk menarik orang hadir ke majlis mereka....

Ape nak jadi Zahid ooooiiiiiiii.....

Berita terkini... dikatakan baawa Dr Mahathir pula nak bantu berkempen BN di bukit Gantang, Ni lagi satu agenda BN yang terpaksa menagih populariti Dr Mahathir untuk menarik pengundi dan rakyat yang sememangnya dah jelak ..... Lingkup lah BN oooiiiii......

Ada desas-desus pulak mengatakan Dr Mahathir nak join balik UMNO........ itu taklah

merisaukan sangat tapi aku kesian kat sorang mamat ni yang masuknya dia kedalam UMNO dek kerana Mahathir keluar UMNO.....sape lagi kalau bukan Ezammmmmm, aku masih ingat antara kata-kata Ezam bahawa dia adalah pejuang reform... pembahruan.... so sekarang ni ternyata UMNO tidak mahukan pembaharuan dengan masuknya Dr Mahathir kedalam UMNO.

Haaaaa, lepas ni Ezammmm kau nak kemana pulak , jawatan dalam exco pemuda UMNO pun x der, khairy pun tak minat kat hang lah... Exco tertinggi apatah lagi, jawabnyer diluah mati emak ditelan mati bapak...

Keluar mulut rimau pastu masuk kubur terus...... Sedikit nasihat buat teman yang bernama Ezammmm... Ingatlah waktu senja tiba lebih awal dari yang sepatutnya...... walaupun usia mu masih muda, kembali lah ke pangkal Jalan........ ingatlah kata-kata saidina Umar... sesungguhnya islam itu mulia... Sesiapa yang mengambil islam sebagai wadah perjuangan makan Allah akan memuliakan mereka,....... Masih sempat untuk reform......

Warkah Duka Buat Adik Nurin

Warkah Duka Buat Adik Nurin Menemui Allayaramah adinda Nurin Jazlin yang kini berada di alam barzah, semoga berada di dalam keadaan yang sihat ceria dan senantiasa di bawah kasih-sayang Ilahi. Tujuan abang menghantar warkah ini kepada adik adalah sekadar untuk bertanya khabar dan mengimbau kenangan sepanjang adik meninggalkan abang dan rakyat Malaysia. Hari ini, hampir 545 hari adik meninggalkan abang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Namun, tahukah adik bahawa sepanjang tempoh itu pihak polis masih tidak dapat mencari siapa pembunuh adik.
Licik sungguh pembunuh sadis itu sehingga polis-polis Malaysia yang terkenal kerana kecekapannya menangani kes-kes yang berprofil tinggi dipermain-mainkan begitu sahaja. Namun, adik jangan sesekali menyalahkan pihak polis di atas kegagalan ini. Pihak polis tidak bersalah. Mereka ada banyak kerja. Terlalu banyak dik. Untuk pengetahuan adik, semasa pilihanraya P36 Kuala Terengganu baru-baru ini hampir 6000 orang polis dikerahkan semata-mata untuk mengawal keadaan di sana. Itu angka yang rasmi. Yang tidak rasmi dengarnya melebihi 10000. Sebab itulah mereka tidak dapat fokus untuk kes adik. Lagipun mereka dibayar gaji oleh kerajaan.
Bukan adik yang membayar gaji mereka. Sebab itulah mereka perlu berkhidmat untuk kerajaan. Nanti akan ada pilihanraya kecil lagi selepas ini. Pihak polis akan menjadi sangat sibuk sampai hendak makan pun tidak sempat. Pihak polis juga perlu sentiasa memantau dan mengepung ceramah pembangkang dik. Yalah, pembangkang kan jahat. Suka merusuh. Husam pun kuat merusuh. Sebab itulah ramai polis mengepung dia semasa dia ceramah baru-baru ni. Teruk betul pembangkang ni kan dik. Pemuda yang kena tembak dari jarak dekat oleh polis di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dulu pun jahat dik. Adik nak tahu apa kesalahan dia? Dia takbir kuat sangat masa dengar ceramah. Mana boleh takbir kuat-kuat.
Mengganggu ketenteraman awam. Sebab tu polis tembak dengan peluru hidup sampai tembus ke paru-paru dia dik. Sepatutnya pemuda tersebut kena julang ‘keris telanjang’ dan jerit ‘Hidup Melayu’ macam dalam Perhimpunan Agung Perasuah. Barulah membawa keharmonian antara kaum di negara kita dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Polis pun senang hati. Pembangkang ni ada-ada saja. Tak habis-habis. Adik pernah jumpa tak kawan adik kat sana yang bernama adik Haserawati Saridi. Dulu dia berusia 9 tahun. Dia murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tobobon. Adik tau tak Haserawati ditemui mati di kawasan semak semasa nak pergi ke sekolah dia di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu. Polis kata dia dibunuh dan dirogol juga. Kesian dia dik. Pernah tak adik jumpa dia? Seorang lagi nama Siti Nurliyana Shamimi Rosdi. Adik pernah jumpa dia? Siti Nurliyana baru berusia 2 tahun dik.
Dia telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 6 November 2002 dan telah dijumpai dalam keadaan bogel jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Kalau adik nak tahu terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Dahsyat betul kan penjahat tu. Tapi abang tak pasti jika pihak polis dah jumpa dan tangkap penjenayah tu. =( Adik sempat kenal tak dengan adik Nurul Huda Abd Ghani.. Dia murid tahun 4. Dia pun menjadi mangsa kerakusan manusia. Kalau adik nak tahu, Adik Huda dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004. Kisah ini begitu menyentap sanubari penduduk Malaysia sehingga semua orang bising. Kemudian, lama-kelamaan semua senyap kembali seperti sedia kala. Sebenarnya dik banyak lagi kes kanak-kanak hilang dan menjadi mangsa keganasan manusia yang berhati binatang. Adik Sharlinie, adik Asmawi, dan banyak lagi kanak-kanak yang hilang belum dijumpai. Abang terfikir dalam kes kanak-kanak ni kan, sebenarnya yang bersalah adalah adik dan rakan-rakan adik tu. Kenapa? Kerana adik dan rakan-rakan adik yang menjadi mangsa bukan dari kalangan anak-anak pak menteri, dato’, datuk, tan sri, tun dan banyak lagi pembesar. Sekadar anak orang biasa, marhaen kata orang. Buang karan sahaja dik. Jika adik dan rakan-rakan adalah anak-anak pembesar negara, pasti bergegas dan bertungkus-lumus pihak polis itu. Adik nak tahu tak masa kes adik tengah hangat dulu, Kementerian Wanita dan Keluarga cadang supaya gubal akta untuk mendakwa ibu-bapa yang dikatakan cuai sehingga anak mereka diculik dan hilang. Ketua bapak polisi negara pula kata undang-undang itu telah lama wujud. Cuma tidak dipraktikkan. Ketua bapak polisi pernah berkata “jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak”. Senang kan menjadi pembesar. Hari-hari duduk mengangkang dalam bilik selesa dan berhawa dingin, gaji + elaun yang halal sahaja sudah menjangkau berpuluh-puluh ribu, menikmati segala kemudahan, tetapi apabila timbul permasalahan, dengan senang hati mereka memberikan cadangan sekadar untuk melepaskan diri. Semua mahu cuci tangan. Adik tahu tak sekarang barang-barang keperluan semakin mahal. Semuanya disebabkan harga minyak naik menggila dulu. Yang naikkan harga minyak tu orang gila juga. Sekarang, apabila harga minyak turun, harga barang-barang tidak turun. Kekal mahal macam biasa. Ibu-bapa yang mempunyai banyak tanggungan terpaksa bekerja lebih masa dik. Ada yang terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa. Jika tidak macam mana mereka mahu menyara anak-anak mereka. Ini juga menyebabkan ibu-bapa tidak sempat untuk memantau anak-anak. Institusi keluarga semakin terabai. Jadi, adik rasa siapa yang bersalah? Oh, yang terbaru rakyat Malaysia dapat hadiah lagi. Barangkali hadiah kerana Perak berjaya ’ditawan’. Entahlah, adik fikirlah sendiri ye. Adik tahu apa itu PLKN? Program Laknat Kacau Negara? Eh, bukan. Adik silap tu. PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. Sudah ramai generasi muda daripada rakyat marhaen Malaysia meninggal dunia semasa mengikuti program tu. Yang perempuan ada dirogol. Cuba adik sebut nama-nama anak pembesar negara yang pernah diwajibkan ikut PLKN. Abang pun kurang ingatan di situ. Mungkin kerana abang dah tua. Lagi satu jika adik adalah artis di Malaysia, adik boleh tangguh pergi PLKN tau. Lebih-lebih lagi jika yang jelita dan seksi. Mungkin kerana terikat dengan penggambaran dan persembahan, maka kerajaan beri kelonggaran kepada mereka. Baik betul kerajaan kerana tidak mahu mengganggu periuk nasi rakyat mereka. Tapi jika adik adalah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, adik tidak boleh tangguh. Sebab apa? Sebab Ahmad Hafizal orang miskin. Dia tidak popular. Kerja pun tidak glamor. Sekadar bertani dan bersawah di bendang untuk membantu ibunya yang bekerja sebagai pembantu tadika dan adik-adiknya yang masih kecil di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis. Ayah dan ibunya dah bercerai. Jadi, dialah yang perlu membantu ibu dan adik-adiknya. Dia didapati bersalah dan diberikan pilihan samada membayar denda RM600 atau masuk penjara 14 hari. Tapi Ahmad Hafizal pilih 14 hari penjara. Dia pilih penjara bukan kerana di penjara ada Mc Donald dik. Bukan begitu. Ahmad Hafizal pilih penjara kerana dia tidak mampu membayar denda tersebut. Bagaimana Ahmad Hafizal nak bayar denda tersebut, untuk tambang ke mahkamah pun dia tepaksa pinjam duit orang. Ahmad Hafizal hadir ke mahkamah pun tanpa diwakili peguam bela. Siapa nak bela orang miskin yang tiada duit. Menghabiskan

beras sahaja dik. Tu belum kes seorang budak muslim yg berserban kerana mengikut sunnah SAW tapi bagaimana nasib malang yg menimpa dia???Begitulah nasib marhaen di Malaysia. Sebab itu ramai yang nak jadi artis. Boleh jadi kaya. Ada yang masuk Gangstarz, Akademi Fantasia, Once In Million, Audition, My Starz LG, dan banyakkkkkk lagi. Jalan pintas syurga dunia. Rasanya sudah terlalu panjang abang mencoretkan tinta buat adik. Abang rasa cukuplah setakat ini dulu. Jika ada masa lapang nanti abang akan bercerita lagi dengan adik.





Abang doakan adik berbahagia ’di sana’, insyallah. Oh, ya. Terlupa pula abang.. Adik ada blog juga tau. Tidak silap abang bapa saudara adik yang buat. Sebagai tanda peringatan, ingatan untuk adik dan juga tanda kegagalan pihak berwajib menangani kes adik Blog adik http://www.nurinjazlin.blogspot.com/.


Abang juga akan letakkan gambar adik pada blog abang mulai hari ini. Sekian, terima kasih.





Ikhlas dariku,


Abang Samudera Tinta


P/s:Bersama-sama kita berdoa dan membaca surah Al-Fatihah buat Adik Nurin, Adik Huda, Adik Nurliyana dan ramai lagi mangsa keganasan kanak-kanak yang masih tidak terbela. Semoga Allah merahmati mereka dan kita semua. Al-Fatihah.