Sunday, December 27, 2009

Melahirkan Sang Murabbi

Melahirkan Sang Murabbi

Murabbi :

Arkitek Generasi Pelapis Murabitun

Pendahuluan

Tarbiah dan Murabbi dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Ø Oleh kerana PAS mengutamakan tarbiah, maka murabbi adalah satu komponen yang terlalu penting dalam PAS.


Ø Pelapis murabitun mesti dibentuk dan disediakan setiap masa bagi memastikan kesinambungan kegemilangan PAS


Ø Oleh itu murabbi yang berkualiti perlu ada dan berfungsi dalam membina pelapis murabitun.


Ø Konsep murabbi telah lama wujud dalam Islam, sejak zaman Rasulullah hingga kini dalam setiap gerakan Islam.


Ø Imam Al-Haddad : “jadilah kamu dengan syaikh murabbi kamu bagai seorang mayat di tangan tukang mandinya, jika diangkat tangan maka terangkatlah tangan, diturunkan maka terturunlah”


1. Sifat Murabbi


· Ibn Mubarak : “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah dari siapa kamu mengambil agamamu” (Peri penting pemilihan murabbi)


· Sifat peribadi seorang murabbi (bertaqwa, wara’, menjaga adab dgn Allah, hati yang bersih, berilmu tinggi, sabar, penyayang, berhemah tinggi, kuat berdakwah, berhikmah dll)


· Murabbi perlulah seorang yang berilmu agama yang mantap agar apa yang ditarbiah sesuai dengan dasar perjuangan Islam sebenar. Oleh itu, para ulama dalam PAS sangat bertanggungjawab sebagai para murabbi.


· Sifat murabbi dalam jamaah (adab berjamaah, hubungan yang baik dengan pimpinan, tsabat, rajin, cekap berorganisasi, sifat2 jundullah dlm surah al-maidah, lengkap rukun bai’ah 10, dll)


· Sifat murabbi dengan generasi pelapis (guru, pendidik, bapa, abang, pemimpin, model contoh, kaunselor)


· Kitab-kitab tarbiah seorang murabbi seperti Tarbiyatuna Arruhiyyah (Sa’id Hawa) mesti dihadamkan


2. Pra-syarat Murabitun


· Bekerja dengan jamaah bukanlah sesuatu yang mudah. Maka persediaan rapi perlu ada. Murabitun adalah tulang belakang jamaah, maka golongan ini terlalu penting.untuk dipersiapkan.


· Bakal murabitun perlu dipersiapkan dengan beberapa sifat iaitu: berilmu, faham tuntutan jamaah, bersih jiwa, cekap berorganisasi, tabah, tsabat, berhemah, berhikmah dll.


· Pra syarat untuk menjadi murabitun begitu tentu sekali adalah ditarbiah dengan teliti dan sentiasa bersedia untuk ditarbiah.


· Para ulama agung silam yang mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan Islam semuanya telah ditarbiah secukupnya oleh para murabbi mereka sebelum muncul sebagai sebutir permata perjuangan.


3. Tarbiah rukun asasi


Ø Tarbiah adalah modal utama jamaah Islam. Tanpa tarbiah rosak perjuangan


Ø Tarbiah yang lengkap memerlukan bukan sahaja modul dan silibus, tapi aspek utamanya adalah pentarbiah itu sendiri (murabbi).


Ø Allah memerintahkan agar kita bertanya kepada Ahluzzikr, dan bukan hanya setakat mengkaji, membaca dan berfikir.


Ø Maka jamaah Islam perlu melakarkan pelan membentuk murabbi, menyebarkan mereka, dan menyediakan prasarana diperlukan selengkapnya untuk tugasan tarbiah di mana jua.


Ø Antara yang perlu disediakan untuk murabbi adalah:


Ø Lokasi

Ø Kewangan

Ø Soft skill

Ø Kerjaya

Ø Bahan bantu


4. Murabbi pelakar pelan generasi akan datang


Ø Tanggungjawab murabbi membentuk generasi murabitun akan datang


Ø Sebagai arkitek, murabbi perlu melakar bagaimana membangunkan generasi murabitun yang kukuh, faham dan memainkan peranan dengan baik.


Ø Tanpa murabbi, murabitun yang lahir akan cacat tarbiah, sekaligus mencacatkan pemerkasaan jamaah.


Ø Hasilan tarbiah seorang murabbi yang mantap akan melahirkan murabitun yang kukuh


Ø Kajian mendapati kecelaruan fikrah di kalangan sebahagian anggota PAS adalah kerana kekurangan murabbi yang jitu di sesetengah tempat


Ø Murrabi perlu sentiasa meyematkan di dada kalam Imam Hasan Al-Banna “realiti hari ini adalah impian semalam, dan impian hari ini adalah realiti esok hari”


5. Murabbi penyelia binaan akan datang


o Selain melakar pelan, murabbi juga perlu sentiasa menyelia pembinaan generasi murabitun agar tiada yang futur atau lari dari trek perjuangan.


o Murabbi tidak boleh berlepas tangan dari hasilan air tangan tarbiahnya.


o Murabitun perlu sentiasa berhubungan dengan murabbi agar terus memahami perjuangan dan tsabat di atasnya.


o Penyusunan murabitun yang telah siap ditarbiah di setiap tempat akan memudahkan gerak kerja jamaah.


o Syaikh Sa’id Hawa : 3 sifat faktor kegagalan murabitun : Malas, takut, kedekut. Murabbi perlu memastikan sentiasa 3 sifat ini tiada pada murabitun sentiasa.


6. Penutup - Murabbi cemerlang, murabitun cemerlang


o Keberkesanan tarbiah PAS bergantung pada kecemerlangan murabbinya. Maka penekanan pada para murabbi sangat perlu.


o Murabbi yang cemerlang akan merangka pula pelan, bertindak, dan kemudian menyelia generasi-generasi murabitun.


o Generasi murabitun akan datang juga cemerlang apabila ditarbiah dengan lengkap oleh murabbi yang cemerlang.

Katakanlah inilah jalanku, aku berdakwah kepada Allah atas basirah, jalanku dan jalan sesiapa yang mengikutiku…

Wednesday, November 18, 2009

Syukurilah Nikmat dan Kenalilah Nikmat

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukur kena selalu.

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada
kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu,
mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka
bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak
penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran
sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,
kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa
pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang
dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam
catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah
tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan
keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan
tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu
jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan
syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan
ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang
mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki
comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah
itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan
subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku
sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini
mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya.
Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya.
Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi
seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal,
anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan
sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap
ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu
kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.


Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit
kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak
mengulanginya kembali.
"Mama, abang minta maaf ... Abang tak akan ulang lagi." Itulah
ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.
Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan
mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata.
Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih
dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran
dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.
Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana
kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada
tetamu yang bakal datang.
Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah
terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang
langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.
"Abang ... mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih
kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar
rentung ladang hemahnya.
Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu
mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak
melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada
di hadapan pagar.
Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu
terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku ... Alangkah
terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran
longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah
anaknya.
Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia
meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana,
dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan
menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu
keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah
merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
"Ya Allah ... tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam
raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta
laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah ... aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik
tetapi aku memohon sekali ini ... Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan
bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam
keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga
telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan
kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah
bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis
semahunya.

"Mama maafkan abang ..." Ungkapannya sukar ... tersekat-sekat
kerana kesakitan itu.

"... Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah.
Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu
dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian
kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan
mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa
merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat
hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu
yang baik, aku sedar akan kesalahanku ..."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ..."

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan
setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola
matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan ... Kami telah cuba melakukan yang terbaik."
Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan ... Telah meninggal dunia."

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap
sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras
ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun
kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia
meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat,
kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat
selama-lamanya.


"Anak ... Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan
di sepanjang perjalanan pendekmu ini ..."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku,
dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna.
Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu
keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah
semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya
penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu
berkata, "Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di
sepanjang hidup ini."

"Ibu rindu kepadamu ... Ibu rindu kepada nakalmu ... Ibu rindu
pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun
hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi.
Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********
Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu
nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu,
hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Sunday, November 15, 2009

MUHASABAH UNTUK PEMUDA "Taubat Seorang Pejuang" – Ustaz Nasaruddin Tantawi


Masih terngiang – ngiang di telinga saya , perkataan yang pernah dipopularkan oleh al Imam Hassan al Hudhaibi . Perkataan ini sering diulang – ulang oleh naqib saya Syeikh Ahmad Laasyin ( beliau pernah dipenjara bersama Asy Syahid Syed Qutb Rhm ) , dulunya beliau adalah Imam Masjid Syahid di Tanta .

Saya lekatkan banner perkataan tersebut di dinding rumah saya sewaktu menginap di Syari’ al Hulwa berhadapan dengan Madrasah Jil Muslim lil Banat di Tanta satu masa dulu . Masih segar pastinya dalam ingatan ini bersama rakan – rakan seperjuangan yang sangat menghayati makna dan maksud perkataan tersebut.

Perkataannya ringkas tapi nyata ia cukup besar maknanya bagi diriku sebagai seorang pejuang . Ianya bagai satu energy yang cukup luar biasa bagi diri saya sewaktu meredah segala cabaran dan merempuh segala halangan untuk berjaya mencapai status seorang pejuang.

Juga masih dalam ingatan ini , sewaktu kami para nuqaba’ menjalani terapi muhasabah di satu subuh yang hening . Naqib saya masa tu Ust. Musthafa Saari dibantu Ust. Zulqarnain Hassan telah membuat dua garis . Satu garis permulaan dan satu lagi garis akhir . Jarak antara garis mula dengan garis akhir sekitar 10 kaki ( lebih kurang 20 tapak ) .

Kami lebih kurang 12 orang ( kalau tak salah ingatan saya ) berbaris digaris mula dengan arahan supaya memberi fokus kepada setiap tapak yang akan kami lakukan menuju ke garis akhir . Itu pun kalau setiap aktiviti dan amal Islami yang dibacakan oleh Naqib satu persatu dengan penuh tertib telah dilakukan oleh kami secara jujur dan benar .

Setiap amal dan aktiviti yang tidak kami lakukan , pastinya ia mematikan langkah kami . Ada 20 amal dan aktiviti yang dibacakan oleh Naqib dan memadai dengan 20 langkah untuk kami sampai ke garis akhir dengan satu amal yang dilaksana bersamaan satu langkah .

Ayat tema kepada terapi muhasabah ini adalah perkataan yang saya maksudkan tadi :
أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم
Tegakkanlah Negara Islam di dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu.

Terapi Muhasabah yang Menginsafkan

Di pertengahan jalan menuju ke garis akhir , nyata waktu itu saya agak terkebelakang berbanding sahabat – sahabat yang lain seperti meluru laju kerana setiap amal yang disenaraikan oleh Naqib rupanya dilakukan oleh mereka dengan baik . Sementara saya gagal dalam banyak amal Islami yang sepatutnya menjadi kewajipan kepada kami para nuqaba’ melakukannya.

Ya, saya masih ingat bagaimana saya gagal untuk puasa isnin dan khamis malah saya juga gagal menginfaqkan sebahagian harta yang saya miliki pada minggu tersebut. Kegagalan demi kegagalan sudah pasti mematikan langkahan saya dan akhirnya saya mula menyedari bahawa kedudukan saya dengan garis akhir agak jauh .

Kedudukan ini tentu sahaja menyebabkan naqib saya (amir) tidak berpuas hati dengan prestasi saya selaku salah seorang dari para nuqaba’ harapannya.

Lalu saya disergah oleh Ust. Musthafa . ” Ust. Din ! anta tengok kedudukan anta sekarang , masih terlalu jauh untuk sampai ke garis akhir ! Anta tahu apa maksudnya ? Maksudnya anta gagal untuk layak sebagai seorang pejuang ! “

Saya cuba bertahan . Menahan gelora emosi yang mula diserang rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pejuang .

Ust Zulqarnain menambah : ” Ust. Din , kalau macam ni keadaan anta macam mana anta nak jadi pemimpin ? Memimpin Gerakan Islam tidak seperti memimpin persatuan kebajikan ! Kenapa minggu ini prestasi amal anta terlalu lemah ? anta lupa tanggungjawab ? anta bermain – main dengan perjuangan ini ? anta ingat nak jadi pejuang cukup setakat pandai pidato ? kemana perginya semua taujihat yang kami berikan kepada anta selama ini ? “

bertalu – talu persoalan diterjah kepada saya oleh Ust Zulqarnain . Perasaan saya makin sukar dikawal dan akhirnya dalam suasana yang penuh hening disubuh hari , saya menangis kesal . saya meraung penuh insaf .

Suasana agak emosional , saya hampir pengsan dalam esakan yang cukup memilukan , mengenang diri yang nyata tidak layak untuk menjadi seorang pejuang sedang saya selalu mendambakan status sebagai seorang pejuang , malah saya bangga memperkenalkan diri kepada sahabat – sahabat bahawa saya adalah seorang pejuang . Saya malu …

Saya ingat lagi , agak lama juga saya diselubungi rasa bersalah dan saya menangis dan terus menangis sehingga memaksa rakan – rakan anggota madrasah Nuqaba’ yang turut menyertai Terapi Muhasabah itu , memujuk dan menyabarkan saya .

Demikian secebis kenangan 14 tahun yang lalu sewaktu saya direkrut dan dikaderkan oleh abang – abang yang lebih senior dalam perjuangan ini . Sebahagian mereka kini menjadi pemimpin , memimpin Gerakan Islam di negeri masing – masing . Pun turut di akui , ada juga mereka yang dulunya mentarbiyah saya , kini mereka hilang dari peta rajah perjuangan di tanahair hari ini . Mungkin mereka berjuang di luar negara . Wallahua’alam .

Bukan Zaman Rekrut
Sekarang saya dan kita semua berada di medan berbanding sebelumnya kita bagaikan berada di kem . Ertinya kita bukan lagi berada di madrasah nuqaba’ dan tidak juga berada di dalam tamrin panjang ( mua’skar ) yang mana kita dibina , dilatih , dibentuk , dikader , ditegur , dimarah , dibimbing , dipimpin , diajar dan dinasihat oleh pimpinan .

Hari ini kita bergerak meredah cabaran dan menyerap tekanan dengan tahap upaya sendiri berbekalkan skima pentarbiyah yang telah diambil sejak sekian lama .

Cukup lama diri ini tidak ditegur , dididik , dimarah , dibimbing , dinasihat , diajar dan dikader seperti dulu . Logiknya , kalau dulu pun ( dalam suasana pengkaderan ) saya masih gagal dalam banyak aktiviti amal islami , bagaimana saya boleh berjaya dalam suasana begitu lama saya tidak dibimbing dan ditegur ?

Taubat
Sukar sungguh untuk layak jadi pejuang yang tangguh dan tahan uji . Mungkin saya boleh berjaya dalam satu bahagian tetapi gagal dalam banyak bahagian yang lain . Berhadapan pula dengan tekanan dan cabaran dari luar serta tidak kurang karenah dalaman yang cukup menguji kesabaran .

Antara yang membuat diri ini sering gagal ialah keupayaan dan stamina diri yang masih lemah dalam menangkis serangan kemahuan ( nafsu ) yang datang dari diri sendiri . Ianya sering memerangkap dan menjadikan diri ini leka dan lalai dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pejuang dan pemimpin .

Banyak sungguh dosa diri ini ! Ya Allah , Ampunkan daku ! Syaithan tentu saja gembira dengan perkembangan ini . Ya Allah ! Janganlah Kau biarkan diriku yang lemah ini terkapai – kapai dihanyutkan arus leka dan lalai dibuai nafsu .

Ya Rabbi Ya Allah ! Kurniakan hidayahMu buat diri ini agar aku mampu thabat di atas landasan perjuangan suci ini . Biarpun aku tidak layak menjadi pemimpin tetapi jangan sekali – kali kau biarkan aku tidak layak untuk menjadi pejuang agamaMU ya Allah !

Friday, November 13, 2009

Duhai Anakku

ANAK SOLEH IDAMAN IBUBAPA

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

” اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :

صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ “.
Maksudnya :
“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.


Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.
Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat: 38


Yang bermaksud :
” Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan. “

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak
Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah
Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :


Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak
Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

Maksudnya :
“Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia “.
Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal
Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :


Yang bermaksud :
” Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.

Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insane yang sempurna dan merupakan modal insane yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri.

Sunday, October 25, 2009

JOM KE JAMBORI UNIT AMAL

JOM KITA BERKELANA

BERSAMA UNIT AMAL KOTA RAJA
UNIT AMAL KOTA RAJA INSYAALLAH AKAN MENGHANTAR SATU BATALION KE JAMBORI UNIT AMAL YANG AKAN DIADAKAN HUJUNG MINGGU INI..

TARIKH : 30, 31 OKT & 1 NOV 2009
TEMPAT :KAMPUNG BATU 23 SUNGAI NIBUNG, SUNGAI BESAR SELANGOR

PENDAFTARAN MASIH LAGI DIBUKA...
JANGAN LEPASKAN PELUANG


PANDANGAN DR. ABDUL AZIZ BARI DIHARGAI

RABU, 21 OKTOBER 2009 | 02 ZULKAEDAH 1430H

Ulasan Dr Aziz Bari berhubung kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah sebahagian daripada komentar ahli akademik yang perlu diberi perhatian, sebagaimana kita memberi perhatian kepada pandangan lain yang berada di luar kotak politik. Oleh kerana bidang politik bukan milik ahli politik sahaja, maka semua pandangan boleh diberi; walaupun tentulah agak berbeza mereka yang berada dalam gelanggang dengan yang berada di luar gelanggang. Perbezaan tersebut merupakan lumrah penilaian. Saya menghormati pandangan beliau sebagai ahli akademik, yang melihat dari sudutnya yang tersendiri. Walaupun saya sendiri mempunyai pandangan yang berbeza kerana mungkin saya berada dalam gelanggang dan sebahagian dari kepimpinan parti.

Ada
beberapa perkara yang mungkin tiada dalam maklumat beliau menyebabkan pandangan yang diberi agak bersifat kritis. Beliau mencadangkan agar parti mendisiplinkan Hassan Ali atau menyingkirkan terus, kemudian beliau menyatakan bahawa ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro umno dalam PAS seperti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Nasaruddin Mat Isa dan penyokong mereka. Saya ingin tegaskan ini pandangan beliau dalam posisinya sebagai ahli akademik. Tentulah banyak perkara dalaman yang dibincang dan dihalusi dalaman parti tiada dalam pengetahuannya.

Isu berlaku di Selangor bukan sahaja pertembungan untuk menarik sokongan, Bagi PAS isu utama bagaimana kita sebagai pemimpin yang akan bertanggungjawab terhadap rakyat dari dunia sampai akhirat. Kita memerlukan rakyat yang bermoral. Masyarakat menilai kita yang mewakili suara Islam dalam kerajaan. Apa tindakan kita untuk membina rakyat yang bermoral. Dr Hassan sebagai exco agama akan ditempelak tidak melakukan apa-apa bagi membela umat Islam, dalam isu arak. Tindakan beliau dengan dokongan Badan Perhubungan Negeri dan dibincang dalam exco kerajaan, bukan membuat peraturan baru, hanya sekadar melaksanakan enakmen yang sedia ada, yang tidak dikuatkuasakan selama ini.

Dalam keghairahan kita menjaga hati pengundi bukan Islam, jangan kita lupa bahawa pengundi Islam ingin melihat pembelaan kepada dasar Islam. Kita mengambil jalan tengah dengan tidak mengganggu golongan bukan Islam untuk mendapatkan minuman keras, cuma kita meminta agar penjualannya di kawasan majoriti umat Islam dihapuskan.

Mungkin Dr Aziz Bari melihat bahawa Dr Hassan Ali tidak perlu membuat kenyataan terbuka, sehingga dilihat wujudnya pertembungan antara PR. Saya ingn tegaskan bahawa isu ini telah dibincang dan beberapa kenyataan telah dikeluarkan dalam media berhubung perkara ini. Tetapi atas kedudukannya sebagai exco kerajaan yang menjaga agama dan Pesuruhjaya Negeri, saya fikir beliau juga mempunyai kekangan bila diajukan persoalan oleh pemberita, dan masyakakat juga ingin mendengar kenyataannya sebagai exco agama. Yang lebih adil ialah mendapatkan penjelasan sebenar terhadap kenyataannya, bukan hanya melalui media perdana yang tentunya lebih suka melihat pertembungan dalam PR, serta melihat juga pendirian Badan Perhubungan Negeri yang merupakan badan tertinggi parti di peringkat negeri.

Saya melihat kenyataan kontroversi bukan sahaja dari kalangan PAS, bahkan kenyataan serupa berlaku di Kedah oleh pimpinan DAP berhubung isu pusat penyembelihan, kouta perumahan, dan lainnya. Kita melihat perbezaan dalam PR adalah sikap keterbukaan kita, dan ternyata dalam beberapa pertemuan pimpinan PR, hubungan antara kita sangat kukuh, mesyuarat dwi bulanan PR merupakan
medan penting bagi pengukuhan ini.

Walau bagaimanapun pandangan Dr Aziz Bari bahawa agak sukar untuk dilakukan kerana beliau ( Dr Hassan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro Umno. Kenyataan ini tentunya agak keterlaluan, kerana Jawatankuasa Disiplin parti tidak sesekali terikat dengan apa yang disangka oleh beliau. Kita mempunyai rujukan peraturan dan tindakan. Jawatankuasa Disiplin sehingga kini menerima saranan daripada PR agar semua kepimpinan parti terikat dengan peraturan parti masing-masing, tetapi menegaskan agar tiada kenyataan yang boleh menimbulkan keretakan dalam Pakatan.

Sehingga kini Jawatankuasa Disiplin PAS tidak menerima apa-apa
surat rasmi berhubung perkara tersebut. Namun perlu dinyatakan bahawa PR dalam mesyuarat lalu telah memanggil sama semua exco Selangor bagi mendengar permasalahannya, dan mesyuarat Harian Pusat juga telah mengundang Harian Selangor bagi mendengar permasalahan yang berlaku, dan telah membuat ingatan agar semua kenyataan yang boleh megeruhkan suasana dalam PR dielakkan, bahkan sebarang perkara yang mempunyai perbezaan pandangan dapat diselesaikan dalam mesyuarat exco dan parti masing-masing.

Jelas ianya tiada kena mengena dengan pro Umno atau sebaliknya. Kita telah gagaskan kenyataan bahawa kita perlu perkukuhkan PR. Ini gagasan bersama yang telah kita lakukan. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita tidak boleh berbeza pandangan dalam berhadapan pelbagai isu yang berlaku. Bahkan saya ingatkan bersama bahawa sejarah perjuangan Islam dan sunnatulLah dalam jamaah Islam, sesiapa yang khianat dalam perjuangan ia akan gugur dari jamaah, samada Allah akan mendedahkan keburukan mereka atau jamaah akan menggugurkannya.

Antaranya beliau (Dr Aziz Bari ) memetik pandangan yang menyatakan Presiden tidak memberi respon terhadap apa yang berlaku di Selangor. Akibatnya pelbagai tuduhan yang menyamakan beliau dengan bekas presiden UMNO dan lainnya. Sedangkan realitinya beliau telahpun memberikan respon kepada apa yang berlaku, bahkan sebelumnya Timbalan Presiden telah membuat kenyataan akhbar tentang isu tersebut. Presiden berulang kali menyatakannya dalam pelbagai pertemuan parti, Cuma kita harus ingat bahawa media arus perdana tidak menyiarkan kenyataan beliau, sebagaimana mereka menyiarkan berita yang mengambarkan keretakan dalam PR. Namun Dr Aziz Bari ternyata tidak seronok dengan kenyataan dari Timbalan Presiden yang dilihat membela Hassan Ali. Dalam situasi yang ada apa jua kenyataan tentulah akan ada yang setuju dan sebaliknya. Yang tentunya kita tidak boleh minta agar semua kenyataan sesuai dengan kehendak kita.

Namun saya melihat pandangan beliau agak tersasar dari tajuk utama kerana apakah kerana kita tewas dalam satu PRK maka perubahan kepimpinan perlu dilakukan. Bagaimana dengan kemenagan sebelum ini, apakah ia tidak dilihat kejayaan kepimpinan yang ada? Mari kita kembali kepada peringatan Allah :
“Boleh jadi apa yang kamu tidak suka, ianya baik bagi kamu, dan apa yang kamu suka ianya tidak baik bagi kamu, sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya”.

Takziah Buat Ustaz Ramadhan

Aku menerima sms dari teman-teman tentang pemergian anakanda ustaz Ramadhan yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. beberapa hari sebelum itu aku diberitahu tentang penyakit yang di hidapi oleh anaknya yang dikatakan otaknya tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya.

Almarhumah anakanda Nur Fatimah bersama ibu dan bapanya, Ukhti Khadijah Ismail dan Ustaz Mohd. Ramadhan Fitri Elias

Tiada kata yang mampu diungkapkan dengan pemergian puteri sulung yang menyinari keluarga sahabatku Ust ramadhan dan Ustazah khadijah...
Setiap manusia pasti diuji..dan tahap ujian pasti berbeza mengikut kemampuan penerimanya.

Semoga Allah menempatkan almarhumah di tempat para-para syuhada..
Al-Fatihah

Thursday, September 10, 2009

UTUSAN BADAR

SEDARLAH WAHAI PEMUDA !!!

Musuh-musuh Islam telah menggunakan berbagai-bagai taktik dan cara dalam usaha mereka untuk menghancurkan umat Isalm .Mereka menyerang Islam dan umatnya dengan alat senjata dan askar-askar,pemikiran dan ideologi serta akhlaq dan kebudayaan.


Semua bentuk serangan tersebut telah mendatangkan kemenangan kepada mereka . Umat Islam kalah dalam peperangan bersenjata , kalah di dalam peperangan pemikiran dan ideologi dan kalah dalam serangan akhlak dan kebudayaan . Tengoklah kepada realiti yang berlaku di negara-negara Islam. Mereka diserang dan dijajah baik dengan kekuatan tentera atau kekuatan ekonomi atau kekuatan media elektronik dan sebagainya.


Perhatikanlah cara hidup muda-mudi Islam hari ini malah majoriti orang-orang Islam telah terikut-ikut dengan cara hidup musuh-musuh Islam tanpa disedari seperti pergaulan bebas leleki dan perempuan , gaya hidup dan pemerintahan dan sebagainya seperti yang dianjurkan oleh musuh-musuh Islam.


Nauzubillahiminzalik


BANGUNLAH WAHAI PEMUDA

Musuh-musuh Islam memang bekerjasama sesama mereka untuk menumpaskan umat Islam dengan berbagai taktik dan tipu helah. Secara keras atau secara halus asalkan mereka dapat sampai kepada matlamat mereka iaitu menghancurkan umat Islam dan menghalang mereka daripada memerintah dan memimipin manusia ke arah keredhaan Allah swt.


Oleh itu, kita umat Islam perlu sedar dan berjaga-jaga dan perlu mengambil ikitbar daripada pengalaman yang silam agar kita tidak terperangkap berkali-kali dalam perangkap musuh dan sepatutnya orang-orang mukmin tidak dipagut di dalam lubang yang sama dua kali

(pepatah arab).


Orang-orang mukmin perlu memiliki kekuatan dalam berbagai bidang bagi melayakkan mereka memimpin dan sekali gus menyelamatkan manusia sejagat daripada terus berada di dalam kesesatan di bawah pimpinan jahiliyyah yang penuh dengan angkara kezaliman di serata pelusuk dunia.


Sanggupkah kita melihat umat Islam diburu, dibunuh, dihalau, diperkosa, dan berbagai-bagai bagi kekejaman yang dilakukan oleh musuh Islam di Bosnia, Palestin, Kashmir, Somalia, Burma, Sri Lanka, dan lain-lain negara yang minoritinya orang-orang Islam????

Umat Islam perlu membina kekuatan mangatasi kekuatan musuh dari segi ilmu pengetahuan, perancangan, peradaban demi mengembalikan kepimpinan Islam.


INSYALLAH

Monday, September 7, 2009

TAHNIK ANAKANDA KU

Muhammad Dhiya'uzzikra Bin Zubir Shah ditahnikkan

Sabtu lalu Jemputan Ust Abdullah Hussin untuk datang ke kawasan kota Raja tidak dapat ku lupakan... Seorang tokoh ulamak yang berjiwa murni selain memangku Ketua Dewan Ulamak Negeri Johor dan selaku seorang Mudir sebuah Madrasah di Johor membuatkan aku tidak melepaskan peluang untuk men tahnikkan anakanda ku....


Kesempatan bersama ustaz Abdullah Hussin setelah selesai menyampaikan ceramah Badar Qubra di Markas Kawasan di samping mengambil berkat dan mengambil sunnah Rasullullah saw di majlis tahnik anakanda ku .
SYUKRAN YA USTAZ..........

Surat yang perlu dibaca. Toleransi Agama: Selangor Malaysia Vs Illinois USA

Assalamualaikum wbt,

Salam Ramadhan buat semua. Saya mengikuti perkembangan isu kuil di
Shah Alam dari jauh dengan penuh minat. Dalam kita menerima kunjungan
Ramadhan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan tindakan yang sangat
menyedihkan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam dalam protes
mereka terhadap cadangan pembinaan kuil di syeksyen 23 Shah Alam.
Mereka bertindak menghina agama Hindu dalam keadaan yang sangat
ekstrem - sesuatu yang dilarang oleh Islam itu sendiri. Tidak pernah
kita diajar oleh Rasulullah agar menghina agama-agama lain.
Alasan yang dipersoalkan beberapa penduduk setempat sangat mudah,
mengapa perlu dibina kuil di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu
Islam. Sebentar tadi saya membaca yang proses pemindahan kuil ini
telah dibekukan disebabkan oleh kekecohan yang berlaku semasa sesi
dialog diantara kerajaan negeri dan penduduk setempat.

Kebetulan pada ketika ini saya berada di bumi Amerika atas urusan
kerja. Sudah hampir tiga bulan saya disini bersama keluarga. Menyambut
Ramadhan bersama penduduk minoriti Islam Des Plaines Illinois. Saya
dapat melihat sesuatu yang amat 'ganjil' disini, ditengah-tengah bumi
Amerika yang penduduk Islamnya tidak sampai 1%, tersergam masjid yang
indah dan selesa. Malah Masjid ini juga hanyalah beberapa ratus meter
jaraknya dari sebuah gereja Katholik. Tidak pula kelihatan masyarakat
Kristian disini berdemo dan membantah kewujudan Masjid disitu. Malah
apa yang lebih dikagumi ialah setiap kali waktu solat Jumaat, akan ada
beberapa orang pegawai Polis 'mat saleh' bukan Islam yang akan
mengawal lalulintas dan parking didalam kawasan Masjid. Mungkin, itu
perkara biasa, seminggu sekali. Tetapi apabila bermulanya Ramadhan,
saya dapat melihat bagaimana mereka bertugas setiap malam. Kebetulan
Ramadhan tahun ini berlangsung di hujung musim panas, maka waktu
Isya'nya sedikit lewat dari Malaysia. Pegawai-pegawai Polis ini masih
lagi bertugas menjaga lalulintas dan parking sehinggalah Terawikh
tamat pada jam hampir 11.30 malam.

Keliru saya memikirkan situasi di sini apabila dibandingkan dengan
situasi kuil di Shah Alam. Malu dengan perbuatan dan sikap segelintir
umat Islam di Malaysia. Apakah mungkin masyarakat Kristian di Amerika
ini lebih baik dari Umat Islam di Malaysia?
Dimanakah keadilan dan keindahan Islam yang ingin kita tonjolkan?
Apakah mungkin masyarakat bukan Islam dapat melihat keindahan Islam
dalam situasi ini.

Saya bersyukur dan berterima kasih kepada beberapa pimpinan PAS yang
telah berani menyatakan kebenaran dalam keadaan yang sukar ini
terutamanya kepada YB Khalid Samad, Dato' Mahfuz, Dr Mariah dan
beberapa yang lain. Pun begitu, saya berharap lebih ramai lagi
pemimpim-pemimpin Islam dari parti PAS terutamanya yang akan tampil
kehadapan bagi memberi sokongan kepada kerajaan Negeri Selangor dan
menyatakan pendirian Islam dalam isu pemindahan kuil ini. Masyarakat
sedang memerhatikan, apakah benar slogan keadilan Islam yang
dilaung-laungkan.

Nasreel Khalib
5 September 2009

Saturday, July 25, 2009

SEPI BERISI NIKMAT YANG MAHA ESA

HAMPIR SEBULAN TIDAK UPDATE BLOG NI....... TERLALU SIBUK DENGAN URUSAN SEHARIAN....
WALAU APA PUN INSYAALLAH MEDIUM YANG ALLAH BERIKAN INI ADALAH YANG TERBAIK UNTUK MELIMPAHKAN BENIH-BENIH DAKWAH AGAR ISLAM KIAN SUBUR...

TANGGAL 16 JULAI YANG LALU SATU NIKMAT YANG TIDAK TERHINGGA TELAH DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA KELUARGA KU DENGAN KEHADIRAN CAHAYA MATA PERTAMA...
TERIMA KASIH BUAT TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN YANG MENDOAKAN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN KELUARGA ANA.... DI SINI

TIDAK LUPA KEPADA TEMAN-TEMAN YANG MENGUCAPKAN TAHNIAH. DI SINI AGAR DENGAN KELAHIRAN PUTERA PERTAMA.. LAGI

MUHAMMAD DHIYA'UZZIKRA BIN ZUBIR SHAH

AKAN MENJADIKAN DIRI ANA ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN...

JAZA KALLAH......

Sunday, June 14, 2009

Karnival Usahawan Rakyat Idealisma Mematangkan Kepimpinan

Alhamdulillah selesai sudah Karnival yang telah dirancang setelah sekian lama telah berjaya diadakan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak dapat diselesaikan. Walaupun sebelum menjalankan program terdapat pelbagai kekangan dan provokasi dari beberapa pihak yang sememangnya tidak bersetuju dan ada usaha-usaha untuk memboikot, namun tetapi pertolongan dari Allah telah menjadikan kekuatan kepada kami urusetia yang menganjurkan program.
Seminggu sebelum bermulanya program setiap malam kami berkumpul di bilik gerakan untuk memikirkan tentang kelancaran programkarnival ini. Satu slot yang aku amat kagum dengan kepimpinan yang dterajui oleh teman-teman seperjuangan iaitu Sdr Hj Hakim, Sdr Mahmud dan Sdr Ismail iaitu sesi Brainstoming untuk masalah-masalah yang akan timbul semasa program dan selepas program, Agenda ini sememangnya tidak pernah kami lakukan... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Karnival ini bermula pada hari sabtu yang dimulakan dengan acara sukaneka dan pertandingan mewarna... antara acara-acara sampingan ialah Flying Fox, dan Rox Climbing, Menaiki Kuda dan disebelah petang ada acara Explorace, Bola Sepak 3 sebelah dan bola Jaring 3 Sebelah. Sepanjang Karnival ini turut dihadiri oleh pelbagai agensi Awam dan swasta. Disambung pula dengan malam kesenian dan kebudayaan yang turut dihadiri oleh Artis Jemputan iaitu kumpulan Dendang Anak Selangor dan kumpulan Nasyid popular In-Team. turut memeriahkan lagi pada malam itu diadakan juga acara cabutan bertuah. Diteruskan pula dengan Hari Ahad yang turut memuatkan acara yangpaling digemari oleh ibu bapa iaitu pertandingan mengupas nenas, pertandingan Mini Dash dan tarik tali... Acara Karnival Usahawan Rakyat Kg Jalan kebun ditutup dengan acara Gusti lengan yang mendapat penyertaan yang menggalakkan. Diperingkat separuh akhir turut menemukan pasangan kembar yang beradu kekuatan untuk ke pusingan seterusnya sehinggakan pada peringkat akhir juga begitu sengit.

sekitar jam 1 pagi Hj Hakim dan Mahmud baru nak makan

kumpulan Dendang Anak Selangor

kaunter jualan Album In-team

In-Team yang sedang menyanyikan lagu baru Nur Muhammad
shiekhtempang sempat bergambar bersama kumpulan In-team
Maskot Tawas (Tabung Warisan Anak Selangor )
Pengarah Program Sdr Norhalimdan Urusetia sempat berbincang sebelum menyambut ketibaan Yang Berhormat
Persembahan Nasyid dari sekolah Kebangsaan Jalan Kebun.
Para Pengunjung Karnival yang setia.
Shiekhtempang sempat mengambil gambar gelagat adik ni yang sedang berdoa agar kertas cabutan bertuah memihak kepadanya.
Pemenang Cabutan Bertuah berupa sebuah Televisyen.

Perginya seorang lagi Pendakwah Agung

Pendakwah Agung Dr Fathi Yakan, bukanlah nama asing bagi setiap gerakan jamaah islam, pada hari sabtu yang lalu dunia digemparkan dengan pemergian beliau yang dijemput oleh Allah swt.
Dengan ini seorang lagi pejuang islam telah menghadap Rabb-Nya.

Antara latarbelakang beliau:-
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.Kitab-kitab karangan beliau sememangnya menjadi bahan yang cukup penting dalam usrah di setiap peringkat.Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Shiekhtempang ingin merakamkan ucapan Takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Fathi Yakan. semoga roh beliau ditempatkan dikalangan para-para syuhada'.Al-Fatihah

Tuesday, June 9, 2009

Karnival Usahawan Rakyat

Tarikh: 13-14 Jun 2009
Tempat : Padang Masjid An-Naim Jalan Kebun
(Berhadapan SRK Jalan Kebun)
Anjuran MPP Zon 11 dan JKKK Kg Jalan Kebun

SABTU

Taklimat Skim Mesra Warga Emas (SMUE) • Sukaneka • Pertandingan Mewarna & melukis • Persembahan Kompang • Pertandingan Basikal Cantik • Gubahan Makanan Ringan • Masakan Serunding • Explorace Remaja • Bola Jaring 3 x 3 • Bola Sepak 3 x 3 (Pusingan Awal) • Tarik Tali (Pusingan Awal) • Gusti Lengan (Pusingan Awal)

Malam Kebudayaan

Persembahan Kump. Dendang Anak Selangor • Tazkirah Oleh Ust. Ramzi (LZS) • Persembahan Istimewa IN-TEAM

AHAD

Perasmian & Pelancaran NGO/Persatuan Oleh YB Tuan Haji Yaakop Bin Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor

Sukaneka • Mengupas Nenas • Pertandingan Kereta Mini Desk • Pertandingan Hasil Tani • Bermesra Bersama Maskot TAWAS • Pemeriksaan Kesihatan (Yayasan Amal) • Derma Darah & Pemeriksaan Pep Smear • Persembahan Silat • ertandingan Motor Cantik • Bolasepak 3 x 3 (Akhir) • Gusti Lengan (Akhir) • Tarik Tali (Akhir) Acara-Acara Lain • Pameran NGO & Persatuan •Teka Berat Kambing •Trek Mini Desk • Jualan Amal Jumbo Sale •Aktiviti Menunggang Kuda • Pertunjukan Layang-Layang • Flying Fox & Rock Climbing • Rawatan Mata Percuma (Permata Hijrah) •Pameran Haiwan Peliharaan (Kuda, Kambing & Arnab) • Kaunter Agensi (Skim Mesra Warga Emas, TAWAS, •Jab. Pertanian, Perikanan, Bomba, MBSA, AADK, PBSM, PDRM, LZS, HTAR, JKJR) • Gerai Jualan (Produk Pertanian, IKS, Pakaian, Produk Kesihatan, Makanan & Minuman •Accessories Wanita, Takaful, Bank, Celcom Dan Lain-lain) • Cabutan Bertuah

Semua dijemput hadir

Sekitar Muktamar pas Pusat

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dariNya, selesai sudah muktamar Pas Pusat.... Tahniah buat teman-teman seperjuangan yang telah bertungkus lumus siang dan malam dalam menyempurnakan penganjuran muktamar kali ke 55 pada tahun ini.

Bermula pada hari Rabu aku telah menghadiri perasmian dan ucaptama ketua DPP Pusat di Taman Melewar.... sehinggalah kepada hari Ahad.

Sememangnya pelbagai coretan yang tidak dapat dinukilkan menghiasi diri seorang yang bergelar shiekhtempang....

pada Hari sabtu aku bersama teman-teman ditugaskan sebagai bentara didalam dewan Muktamar. Sepanjang berjalannya muktamar aku dapat melihat Pimpinan dengan lebih dekat.... Macam biasalah kami ditugaskan untuk melicinkan lagi perjalanan muktamar... oleh yang demikian antara tugas aku ialah mengedarkan risalah-risalah kepada semua perwakilan dan pimpinan.
Saat yang aku tidak boleh lupakan ketika sesi rehat kami bersiap sedia untuk mencari makanan bagi mengisi perut untuk tengahari.. Dilihat ketua pemuda kami memegang 2 botol air mineral... pelik jugak aku tengok kenapa sampai 2 botol... dah tu pulak kedua-dua botol tu telah diminum..... dalam perjalanan ke gerai barulah KP menerangkan bahawa air mineral yang dia pegang ini ialah 1 lebihan minuman Tn Guru Nik Aziz dan satu lagi Tn Guru Hj Hadi...... kami terus berkongsi minuman tersebut..... Bukan senang nak dapat minuman lebihan alim ulamak..... Semoga Allah memberkati..

Monday, May 25, 2009

AIR MATA MELINANGI PENOBATAN TOKOH GURU PASTI 2009

Sambutan Hari guru berlaku diseluruh pelusuk tanah air... pelbagai pujian dan dorongan diberikan kepada manusia yang bergelar guru. Tetapi tahukah anda bahawa ada seorang guru yang tidak memandang kepada imbuhan bulanan, bahkan bertugas sebagai guru disiang hari dan sanggup bersengkang mata dimalam hari untuk melakukan kerja amal jamaie.Ini lah tokoh yang selayaknya dinobatkan sebagai Tokoh Guru. Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Hj Salahuddin Ayub sedang menyampaikan anugerah Tokoh Guru PASTI kepada Puan Faridah Dawam dan diperhatikan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Cikgu Azrin Abdul Majid

Puan Faridah Dawam dari Perak telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan 2009 di Hotel Emas, Tawau Sabah pada 16 Mei 2009 di majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia. Para hadirin tidak dapat menahan rasa sebak turut mengalirkan air mata apabila pengerusi majlis membacakan biodata Tokoh Guru PASTI ini yang menjalani liku-liku hidupnya bersama PASTI. Puan Faridah Dawam dilahirkan pada 2 Mei 1968 di Kg Gajah, Perak. Terlibat dengan PASTI dari tahun 1988 selepas tamat peperiksaan STPM. Mengajar pada mulanya suka-suka akhirnya membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak-anak PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat, namun hatinya sudah terpaut dengan PASTI. Beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI pada 1987. Beliau menjadi AJK penaja penubuhan Dewan Muslimat PAS Kg Gajah. Pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Kampung Gajah. Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga. Suaminya telah meninggal dunia di dalam kejadian itu. Beliau dan 2 orang anaknya cedera parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh. Berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku. Dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM300 sahaja serta sumbangan dari orang ramai. Hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak-anaknya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga, beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti. Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti. Bersama iltizam dan sokongan dari teman-teman seperjuangan beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak-anaknya, murid-murid PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.
Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia yang diadakan di Tawau kali ini telah dihadiri lebih 600 orang delegasi dari Semenanjung Malaysia.

Shiekhtempang juga mengucapkan tahniah dan syabas atas pengorbanan yang telah diberikan sememangnya karier seorang guru bukan lah di nilai dari segi pangkat mahupun anugerah yang dimiliki tetapi sememangnya pengorbanan yang telah dicurahkan demi menyemai anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin kelak. Guru kini tidak dijadikan idola kepada anak murid... Mengapa jadi sedemikian... Tepuk dada tanyalah iman.... Buat guru-guru yang sedang nyenyak duduk diatas kerusi empuk berhawa dingin anda pasti tahu jawapannya...
Shiekhtempang harap guru bukanlah sekadar guru di siang hari tetapi menjadi penyuluh dimalam hari,
Tahniah Cikgu Faridah,

Monday, May 11, 2009

Nasihat Tuan Guru Mursyidul Am atas kemenangan Pakatan rakyat di Perak

KOTA BHARU - YAB Menteri Besar Kelantan Dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung dengan kemenangan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin di Makamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.Menurut Tuan Guru Nik Aziz "Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini" katanya.

Menurut sumber, setelah Tuan Guru Nik Aziz menerima berita ini beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.

_______________________________________________________________

Shiekhtempang: Salam Perjuangan... satu lagi ujian yang Allah berikan buat pejuang-pejuang Agama Allah di negeri perak, iktibar dan panduan harus dijadikan sempadan dalam meniti serta MENGISI KEMENANGAN yang Allah berikan ini. Sudah pasti selepas ini pasti rejim kufar UMNO dan BN akan menggembling tenaga serta memikirkan segenap sudut untuk menjatuhkan kerajaan PR. Yakin lah teman-teman bahawa kemenangan yang Allah berikan ini akan mematangkan kita dalam menempuh perjuangan ini. gunakan sepenuh tenaga dan kekuatan yang kita ada untuk menepis dan menolak cebisan-cebisan propaganda yang akan diwujudkan oleh musuh ini. Akhir kalam dari ana selaku mata-mata rantai dari tarbiah Ansorullah yang tulen, ingin mengingatkan bahawa dengan kemenangan ini seharusnya menjadikan hubungan pejuang-pejuang agama Allah, lebih hampir dengan Nya. Percayalah dengan Bantuan yang akan Allah berikan kerana sudah pasti dan tidak mustahil Allah akan memberikan pertolongan kepada Hizbi-hizbi Nya.
Ayuh Amilin sekalian..... Jangan Tunggu Lagi...
Takbir........Takbir........Takbir........

Sunday, May 3, 2009

Dato' Maharaja Lela


Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Negeri Perak yang merupakan bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.

Beliau merupakan keturunan Daeng Salili adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 111, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran Dato' Maharaja Lela Tan Lela.

Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Orang kaya-kaya Seri Agar Diraja (Lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W.Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.

Melalui perjanjian Pangkor yang telah ditandatangani oleh Sultan Abdullah dengan Gabenor negeri-negeri Selat. Sir Andrew Clarke, pada 20 Januari 1874. Negeri Perak terpaksa menerima seorang Residen Inggeris yang pertama bagi negeri Perak.

Birch telah mengubahsuai adat istiadat melayu dan menjadikan negeri Perak sebagai tanah jajahan Inggeris di negeri-negeri selat yang mendatangkan banyak hasil kewangan bagi penjajah inggeris. Tindakan sedemikian telah ditentang oleh Datuk Mharaja Lela di Pasir Salak juga oleh Sultan sendiri. Akibatnya pada waktu subuh 2 November 1875 Birch diserang dan dibunuh.

Pembunuhan Birch telah menggemparkan Inggeris. Mereka menganggap peristiwa itu sebagai kebangkitan rakyat Melayu menentang penjajahan Inggeris. Pada 7 November 1875 Inggeris telah menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar lalu menyerang Pasir Salak. Serangan Inggeris itu dapat dipatahkan oleh Perwira-perwira Melayu yang dipimpin Datuk Maharaja Lela. Dalam pertempuran itu Kapten Innes pemerintahan pasukan Inggeris dan dua orang askarnya telah terkorban.

Namun beliau dianggap bersalah kerana disabitkan terhadap kes pembunuhan J.W.W.Birch oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati di tali gantung sebagaiorang yang bermaruah demikebebasan dari penjajah kuffar.

Inilah iktibar yang perlu diambil kira oleh seorang syuhada'. Seorang yang telah dilantik secara sah sebagi seorang mufti bangun untuk menegakkan keadilan. Beliau bukan sahaja telah menyelamatkan negeri Perak bahkan tetapi telah menyelamatkan Negeri perak dari dijajah pemikiran serta wabak doktrin-doktrin kufar. Maka Allah telah memilih penghabisan nyawa Syuhada' Dato' Maharaja Lela sebagai seorang Syahid. Moga pemergian Dato' Maharaja Lela akan melahirkan lebih ramai lagi semangat dan jiwa kental di negeri Perak seperti beliau.

Tunggu kebangkitan Anak-anak Perak......

Takbirrrrrr..

Wednesday, April 29, 2009

Labibah Ahmad, Ketua Muslimat Ikhwan Muslimun Pertama

Kekuatan Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit dalam kancah politiknya.

Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat dengan gerakan pembebasan wanita.
Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang melayakkan mereka menjadi ahli neraka.


Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.


Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun
Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada 1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w., ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.
Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai pelajar terbaik ketika itu.


Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.
Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.

Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja. Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.
Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam dihasilkan dengan jayanya.

Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942. Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin al-Khatib.

Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah
Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum kewafatan Imam Syahid yang ditembak mati, Labibah menerima pelawaan itu dan mejadi Ketua Akhwat pertama.
Labibah menerajui sayap Akhwat berkenaan selama 10 tahun, akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pelapis selepasnya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membaca kitab-kitab agama khususnya yang berkaitan dengan Syari'at Islam. Labibah meninggal dunia pada usia 80 tahun iaitu pada 1955M/1385H di pangkuan keluarga tercinta.