Monday, December 22, 2008

Ketawa Dalam Duka

Perasaan ketika terlantar di hospital membuatkan diri ku sentiasa bersedih, kadang-kadang sempat jugak berborak dengan mat-mat rempit, tapi apa yang dapat aku lihat hati mereka sememangnya kering, x pernah risau dan pernah jemu dengan erti enjoy, walaupun kati penuh dengan besi tapi jiwa masih merempit, sampaikan nurse kat situ dah masak dengan perangai mereka. Mereka bagitahu orang yang masuk besi ni ade 2 jenis bang! satu pakai antena biasa, iaitu jenis orang dimasukkan besi secara lurus, satu lagi pakai antena Astro, yang mana kaki mereka perlu disokong dengan besi bulat yang ditanam di sekeliling kaki,
Tergelak jugak dengar cerita mereka.....
Aku diberitahu oleh doktor bahawa pembedahan ku terpaksa ditangguhkan ke hari jumaat 21/12/07, aku berserah atas apa yang berlaku kepada diriku.. Ya Allah Selamatkan aku...... sebelum pembedahan adu diminta untuk menandatangani pelbagai borang, setiap pakar datang membawa borang pakar bius, pakar tulang, macam-macam lagi lah, kandungan borang hampir sama ayat yang masih aku ingat pihak mereka tidak akan bertanggungjawab atas kesan sampingan yang berlaku selepas pembedahan... Aku Hanya Mampu Bertawakkal KepadaMu
tepat Jam 8.00 pg aku diusung dan diberi sebiji ubat tidur untuk dimakan..... setibanya aku didalam bilik pembedahan, aku melihat di White Board, Nama aku adalah pesakit pertama dibedah pada hari itu. Sememangnya doktor dan kakitangan yang terlibat untuk membedah ku telah bersedia menyambut kedatangan ku. Aku dibius separa badan pingang hingga ke bawah.... Setelah ubat bius berfungsi sepenuhnya maka bermulalah kaki ku dikorbankan, sambil melakukan pembedahan aku sempat mendengar perbincangan 2-3 orang doktor pakar tentang saiz skru yang sesuai.... "75 mm @ 70 mm", Emmm tak tahu lah.....
Selepas pembedahan selesai aku dibawa ke sebuah bilik gelap yang mana hanya aku seorang sahaja yang ada didalam bilik itu, mata ku masih lalai dek kerana ubat tidur yang masih memberi kesan... tetapi aku berjaya menghalang diriku untuk tidur...
hampir setengah jam aku seolah-olah disalai di dalam bilik yang panas, aku diusung keluar untuk menuju ke wad, Aku melihat isteriku tersayang menyambutku sebaik keluar dari wad pembedahan..aku menggenggam erat tangannya...sambil menitiskan air mata... Abang abang kena kuat, "Abang jangan sedih yer, kalau abang tak kuat sapa nak jaga Ina dan anak-anak kita..."
Kata-kata yang menjadi pembakar semangat buat diriku....., Menjelang petang ubat bius yang disuntik disuntik sebelum pembedahan td semakin hilang, kesakitan sudah semakin terasa......
sehingga malam aku sememangnya tidak dapat tidur dek kerana menahan kesakitan yang teramat sangat.... tidak dapat ku gambarkan kesakitan yang ku alami.... Ubat tahan sakit yang diberikan nurse tidak memberi apa2 kesan..... Baru aku tahu dimana rasanya nikmat yang Allah taala berikan kepada hambanya sememangnya amat besar....
Pada Hari sabtu aku dibenarkan pulang dan setibanya dirumah aku disambut oleh ibu dab ayah mertua ku yang sanggup mendokong ku, dari kereta sehingga ke katil didalam bilik..... dengan itu bermula lah kehidupan ku di rumah bersama isteri tersayang...... Pada tanggal 25/12/07 sahabat2 karibku ketika di kampus menziarahi ku dengan membawa sebiji kek bagi menyambut hari ulangtahun perkahwinan ku buat kali yang pertama... Isteri ku menangis kerane tidak mampu untuk menahan pilu.....Terima Kasih buat sahabat-sahabatku Safari, Keon & Imam yang sentiasa bersama-sama ku di saat aku sememangnya memerlukan kalian....

Thursday, December 18, 2008

Wednesday, December 17, 2008

Kenangan Lalu....


Genap setahun aku meniti kehidupan selepas mendapat nafas baru, sememangnya tarikh 17 December 07 merupakan tarikh kenangan bagi diriku, jika sebelum ini aku seperti manusia biasa, tetapi kini aku tidak lagi seperti dulu. Aku redha dengan apa yang telah dikurniakan kepadaku.. Aku bersyukur Padamu Ya Allah dengan pinjaman nikmat dari Mu..

Kemalangan motosikal ketika mana aku pulang dari kerja menjadi kenangan yang tak mungkin aku lupakan. segala nikmat yang Allah pinjamkankan padaku telah sebahagiannya diambil semula oleh Nya..

Pagi Isnin 17 December aku seperti biasa bersiap untuk mencari nafkah keluarga, pada hari ini isteriku memang tidak bekerja, maklumlah cuti sekolah... aku mengambil kesempatan menggunakan motosikal untuk pergi kerja dengan alasan nak jimat sikit, coz nak balik raya Haji hari Rabu ni, pada hari ini aku mekai seluar yang sudah sekian lama aku tak pakai, kerana tetas dibahagian betis, isteri kesayangan ku telah menjahit nya. Terdengar suara isteriku memanggil untuk bersarapan, ketika aku menjamah nasi goreng masakan isteri kesayangan ku, aku melihat isteriku menatap wajah ku seolah-olah sudah sekian lama tidak berjumpa, Aku bertanya, kenapa? apa yang keluar dari mulut isteri kesayangan ku "Abang tak payah lah bawak moto hari ni, bawak je kereta? "tak pelah lagipun berape hari jer lagi nak cuti raya dah" Aku menjawab.. Abang jaga diri baik-baik ye, balas isteri ku.


Tepat Jam 6.00 petang, sudah tiba masa untuk pulang. hujan renyai masih turun, aku mengambil tindakan untuk menangguhkan perjalanan pulang, aku masuk ke dalam bilik QC untuk berjumpa dengan zainudin, sempat lah jugak bersembang sambil membantu Din membuat report, Jam sudah pukul 6.30 petang aku menoleh diluar hujan sudahpun berhenti, maka aku bersedia untuk pulang, tepat jam 6.45 petang sebuah kereta iswara bewarna hitam memotongku dan memecut laju untuk mengejar lampu isyarat yang sedang hijau, selepas itu aku mengekorinya dengan hasrat tidak terlepas dari lampu hijau, kemudian kereta yang sedang memecut laju brek dengan tiba-tiba. Aku yang sedang mengekorinya masih lagi sempat membuat penilaian samaada untuk brek sambil mengelak kekiri atau kekanan, kebetulan disebelah kiri ku terdapat sebuah lori yang biasa membawa kereta manakala disebelah kanan hanya divider pembahagi jalan, aku mengambil keputusan untuk mengelak ke sebelah kanan, tetapi malangnya aku tidak mampu mengelak sepenuh badan, kaki kiri melanggar bonnet kereta iswara yang brek mengejut tadi sehingga aku berpusing dan terpelanting ke kereta hadapan. Aku masih sedar dalam keadaan tidak percaya yang aku terlibat dalam kemalangan Jalanraya. dalam keadaan tersungkur di jalan aku cuba menggerakkan kedua-dua tangan dan kaki ku untuk mengetahui samaada patah atau tidak, kesemuanya masih lagi boleh bergerak, orang ramai mengangkatku dan aku merasa kebas di bahagian kaki kiri, dan mereka memaksa aku untuk berjalan tetapi aku tidak mampu, aku meminta untuk duduk sebentar dan aku melihat di kaki kiri seluar yang baru kali pertama aku pakai terlalu banyak darah dan menitis tidak berhenti-henti, aku mengambil keputusan untuk mengetahui mengapa darah menitis tidak berhenti-henti, dan aku menaikkan seluar dan aku dapati betis ku telah terkoyak dan kali pertama aku melihat cebisan daging betisku meleleh keluar...


Orang ramai yang turut menyaksikan aku mengangkat aku untuk dibawa ke klinik panel syarikat tempat aku bekerja. Aku di bawa ke klinik dengan menaiki kereta iswara hitam yang brek mengejut tadi, didalam kereta pemandu kereta tersebut meminta maaf kepada ku kerana dia pun tak sedar kereta di hadapan, kemudian aku menghubungi ismail, rakan borak ku di kilang dan memberi tahu keadaan ku, setibanya aku disana, seluar yang aku pakai di gunting sehingga keparas lutut untuk memudahkan doktor menjahit betisku yang koyak.

Setelah selesai betisku dijahit, nurse membalut kaki ku dan mendapatkan pengesahan doktor, Aku lihat Ismail datang bersama zainudin dan Khairul, kemudian doktor nak scan kaki ku untuk membuat pengesahan samaada patah atau tidak, selepas scan di bahagian betis kaki kiri ku doktor mengesahkan bahawa kaki ku tidak patah, dan aku dibenarkan pulang, SYUKURRR semasa aku keluar dari pintu bilik doktor, EMM SEKEJAP!!! doktor memanggil ku setelah dia meneliti di bahagian ligamen yang memegang lutut kiri ku terdapat kesan seolah-olah tidak jelas, Doktor menasihatkan untuk scan sekali lagi, tetapi kali ini scan di bahagian lutut. selepas scan doktor bertanya kepada ku adakah adakah awak pernah terlibat dalam kemalangan sebelum ini? Tidak, Dari hasil penelitian saya tulang awak patah di bahagian platform yang memegang kepala lutut, Jadi kalau macam ni awak kene refer ke Hospital yang terdekat.


Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 malam, Hatiku terus gundah gulana dan aku mula sedih memikirkan nasibku akan datang. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ku ketika itu, aku terbayang wajah isteriku yang sedang menunggu aku pulang, aku terbayang wajah ibuku...

Tiba-tiba

telephone ku berbunyi, tidak ku sangka aku lihat no rumah kampung Call, aku menjawab telefon dengan sebak tetapi aku cuba mengawal sebak ku. Emak terus bertanya aku dimana? seakan-akan emak tahu apa yang menimpa diriku, aku cakap aku ade di klinik, mak tanya kenapa?kenapa? ubir tak sihat ke? aku cuba mengawal sebak dan aku x mahu mak risau aku mengatakan kepada emak, nanti ubir call balik mak balik yer dalam tangisan. Mak kate ye lah dan aku tahu Mak dah syak.......

Aku terus menghubungi isteriku dan memberitahu keadaan ku, terkejut isteriku dan sambil menangis dan aku cuba menenangkan isteri kesayanganku... abang tak apa2... abang kene pegi hospital Klang ni, nanti apa2abang call sayang balik yer.

Aku di hantar ke Hospital Klang dengan menaiki kereta Ismail..

Setibanya aku di hospital Klang, aku melihat isteri kesayangan ku menyambut ku kedatangan ku. ditemani dengan jiran yang membawa isteriku ke hospital. Aku di masukkan ke ruang menunggu kecemasan sebelum di analisa oleh doktor, selepas 15 minit aku diberi penerangan tentang keadaan ku bahawa aku akan menjalani pembedahan dengan memasukkan skru atau besi bagi memulihkan kaki ku yang patah.
Perasaan pilu menghantui diriku, dan doktor meminta untuk aku dimasukkan ke wad sebelum menunggu hari pembedahan, kerana doktor mengatakan ada pesakit lain yang lebih kritikal dari aku, kemudian aku diusung ke wad dan tidurlah aku di wad pada malam itu. Pada keesokan harinya doktor datang menemui aku dan aku dijangkan akan menjalani pembedahan pada hari khamis, terdetik di hati ku Hari khamis Umat Islam menjalani Ibadah korban tapi pada Hari itu aku kene korban, tetapi tidaklah lah sehebat pengorbanan Nabi Allah Ismail.......
Ya Allah sememangnya Hamba Mu ini tidak mempunyai kuasa, Kaulah yang Berkuasa menetapkan segala-galanya.... Aku bersyukur padamu Ya Allah kerana mengurniakan aku isteri sebaik Fazlina..... yang sanggup menemani ku siang dan malam menemani ku...... tanpa mengira penat, Ya Allah berikanlah keberkatan kepada keluarga ku kurniakanlah kebahagiaan dan sinarilah keluarga ku dengan sinar iman....... Aminnnnn