Monday, December 22, 2008

Ketawa Dalam Duka

Perasaan ketika terlantar di hospital membuatkan diri ku sentiasa bersedih, kadang-kadang sempat jugak berborak dengan mat-mat rempit, tapi apa yang dapat aku lihat hati mereka sememangnya kering, x pernah risau dan pernah jemu dengan erti enjoy, walaupun kati penuh dengan besi tapi jiwa masih merempit, sampaikan nurse kat situ dah masak dengan perangai mereka. Mereka bagitahu orang yang masuk besi ni ade 2 jenis bang! satu pakai antena biasa, iaitu jenis orang dimasukkan besi secara lurus, satu lagi pakai antena Astro, yang mana kaki mereka perlu disokong dengan besi bulat yang ditanam di sekeliling kaki,
Tergelak jugak dengar cerita mereka.....
Aku diberitahu oleh doktor bahawa pembedahan ku terpaksa ditangguhkan ke hari jumaat 21/12/07, aku berserah atas apa yang berlaku kepada diriku.. Ya Allah Selamatkan aku...... sebelum pembedahan adu diminta untuk menandatangani pelbagai borang, setiap pakar datang membawa borang pakar bius, pakar tulang, macam-macam lagi lah, kandungan borang hampir sama ayat yang masih aku ingat pihak mereka tidak akan bertanggungjawab atas kesan sampingan yang berlaku selepas pembedahan... Aku Hanya Mampu Bertawakkal KepadaMu
tepat Jam 8.00 pg aku diusung dan diberi sebiji ubat tidur untuk dimakan..... setibanya aku didalam bilik pembedahan, aku melihat di White Board, Nama aku adalah pesakit pertama dibedah pada hari itu. Sememangnya doktor dan kakitangan yang terlibat untuk membedah ku telah bersedia menyambut kedatangan ku. Aku dibius separa badan pingang hingga ke bawah.... Setelah ubat bius berfungsi sepenuhnya maka bermulalah kaki ku dikorbankan, sambil melakukan pembedahan aku sempat mendengar perbincangan 2-3 orang doktor pakar tentang saiz skru yang sesuai.... "75 mm @ 70 mm", Emmm tak tahu lah.....
Selepas pembedahan selesai aku dibawa ke sebuah bilik gelap yang mana hanya aku seorang sahaja yang ada didalam bilik itu, mata ku masih lalai dek kerana ubat tidur yang masih memberi kesan... tetapi aku berjaya menghalang diriku untuk tidur...
hampir setengah jam aku seolah-olah disalai di dalam bilik yang panas, aku diusung keluar untuk menuju ke wad, Aku melihat isteriku tersayang menyambutku sebaik keluar dari wad pembedahan..aku menggenggam erat tangannya...sambil menitiskan air mata... Abang abang kena kuat, "Abang jangan sedih yer, kalau abang tak kuat sapa nak jaga Ina dan anak-anak kita..."
Kata-kata yang menjadi pembakar semangat buat diriku....., Menjelang petang ubat bius yang disuntik disuntik sebelum pembedahan td semakin hilang, kesakitan sudah semakin terasa......
sehingga malam aku sememangnya tidak dapat tidur dek kerana menahan kesakitan yang teramat sangat.... tidak dapat ku gambarkan kesakitan yang ku alami.... Ubat tahan sakit yang diberikan nurse tidak memberi apa2 kesan..... Baru aku tahu dimana rasanya nikmat yang Allah taala berikan kepada hambanya sememangnya amat besar....
Pada Hari sabtu aku dibenarkan pulang dan setibanya dirumah aku disambut oleh ibu dab ayah mertua ku yang sanggup mendokong ku, dari kereta sehingga ke katil didalam bilik..... dengan itu bermula lah kehidupan ku di rumah bersama isteri tersayang...... Pada tanggal 25/12/07 sahabat2 karibku ketika di kampus menziarahi ku dengan membawa sebiji kek bagi menyambut hari ulangtahun perkahwinan ku buat kali yang pertama... Isteri ku menangis kerane tidak mampu untuk menahan pilu.....Terima Kasih buat sahabat-sahabatku Safari, Keon & Imam yang sentiasa bersama-sama ku di saat aku sememangnya memerlukan kalian....

No comments:

Post a Comment