Friday, January 2, 2009

Malam Tahun Baru....


Tahun Baru 2009. Sememangnya satu malam yang ditungu-tungu buat anak muda remaja zaman kini.... Aku tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati apakah keseronokan yang membuatkan para remaja dan sebilangan manusia menanti saat-saat detik 12 malam untuk menyambut tahun baru. Aku menerima SMS dari s/u Pemuda kawasan kota Raja tentang XPDC Dakwah yang akan diadakan di Dataran Shah Alam bersama-sama pemuda dari Shah Alam... Sememangnya ia merupakan satu kerja yang aku cintai..... Kami diarahkan untuk berkumpul di perkarangan Masjid Negeri tepat pada jam 10.30 malam.... Dalam perjalanan kami ke sana, kami sempat bertembung dengan puluhan kumpulan anak-anak muda yang lingkungan umurnya 13-17 thn menunggang basikal menuju ke Dataran Shah Alam.... Dalam benak fikiranku dimanakah Ibu bapa Mereka........ Apakah yang mereka fikirkan.......
Tepat Jam 10.30 malam aku bersama sahabat-sahabat kota raja tiba di Masjid Negeri...... Aku melihat ada beberapa orang pemuda yang hampir sebaya sedang menunggu kedatangan kami....

Tiba Jam 10.45 malam Kami diarahkan berkumpul untuk membaca Al-Mathurat bagi mendapatkan keberkatan Allah swt dan memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan kerja Dakwah ini... Alhamdulillah pada malam itu anggaran seramai 50 orang Pemuda yang sedia untuk mewakafkan diri untuk islam sedia untuk bertempur di medan dakwah... Ketika membuat liqa' membaca mathurat aku teringat zaman ketika aku di kampus.... menjalani program tarbiah.... Aku terbayang muka-muka sahabatku di kampus .... kemanakah mereka?... Ya Allah teguhkanlah hati mereka dan istiqamahkan lah mereka di dalam perjuangan menegakkan agama mu.............Hindari lah mereka dari mengejar Duniawi....
Setelah selesai bacaan Al-Mathurat kami diberi penerangan tentang method Dakwah dan beberapa pesanan dari ketua pemuda Shah Alam.... Kami juga diingatkan dengan persiapan yang perlu dilakukan untuk medan jihad kecil di kuala Terengganu dan keadaan umat islam terkini di Palestin akibat serangan dari rejim zionis israel.... sememangnya kata-kata beliau menjadi pelengkap kepada permulaan XPDC dakwah kami pada malam itu...Sebelum memulakan perjalanan kami di bahagikan beberapa kumpulan dan mebaca Doa Qunut Nazilah yang penuh bersemangat dibacakan oleh ust Firdaus....
Tepat Jam 12.15 mlm kami bergerak untuk mengedar risalah dan memberikan penerangan tentang peranan dan azam yang harus dilakukan oleh seorang muslim... Pelbagai peel dan perangai anak muda aku temui.... Aku sempat berborak dengan sebuah keluarga yang sedang melepak di kaki-kaki lima dataran.... sambil aku mengedar risalah yang diberikan.... seorang Pakcik menyapa "Nak mana bunga api nya... Dah sudah ke belum..." Aku tersenyum dan memberitahu bahawa pertunjukan bunga api x der ....... Jam sekarang pun dah menunjukkan 12.30 mlm... (Sememangnya Pemerintahan kerajaan baru tidak menyambut kedatangan tahun baru) Jelas wajah kekecewaan terbit di muka pakcik tadi.... Apa yg aku fikirkan ialah mengapakah Sorang pakcik yang hampir separuh umur bersama isterinya.... amat menunggu pecikan bunga api ...... Inilah tarbiah yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini dengan menghidangkan hiburan tanpa kawalan...... yang masih melekat di hati-hati rakyat....

Sememangnya metaliti rakyat telah dijajah oleh bangsa sendiri yang hanya mementingkan duniawi..... Aku melihat anak-anak muda remaja amat liar seolah-olah dahagakan hiburan...... Ini adalah cabaran yang perlu ditempuh oleh pemimpin baru....... Agar sinar islam bersinar kembali............
Aku sempat juga bertembung dengan beberapa badan lain yang membuat rondaan seperti JAIS, JPJ, POLIS dan lain-lain lagi..... Tepat Jam 1.30 pg kami berkumpul semual di Masjid dan di hidangkan dengan sebotol mineral water sebagai penghilang dahaga....setelah sema ada kami sesi muhasabah diteruskan dan Taklimat terakhir diberikan oleh wakil-wakil kawasan dan tepat jam 2.00 pg kami bersurai... Aku tiba di rumah pada jam 2.30 pg.

Ya Allah Kau berkatilah usaha kerdil hambamu ini walaupun aku tahu ia tidak sehebat pejuang-pejuang agama mu di Palestin dan Afghan.... Berikan aku kemudahan untuk meneruskan perjuangan agamamu, Teguhkanlah hati sahabat-sahabatku di dalam perjuangan agamamu, Hindarilah dari perasaan takut dan gementar melainkan bertemu dengan Mu dan peliharalah kehormatan keluarga ku....... Amin............

Sememangnya Malam ini membuat aku menggamit memori silam.........

No comments:

Post a Comment