Monday, January 12, 2009

Abdul Aziz Rantisi

Pada Minggu ini syuhada dari timur Tengah yang kedua ialah salah seorang pelopor Hamas, beliau dilihat sebagai tokoh rakyat Palestin mewakili golongan profesional. Abdul Aziz Ali Abdul Majid al-Rantisi dilahirkan pada 23 oktober 1947 di Binaa iaitu antara Asqalan dan jaffa di dalam sebuah keluarga yang kuat beragama. Keluarganya telah dipaksa untuk berhijrah ke Gaza selepas peperangan 1948 dan menetap di khemah pelarian KhanYunus bersama para puluhan ribu pelarian yang lain. Pada waktu itu umurnya hanya berusia 6 bulan. Di perkemahan itulah beliau membesar bersama sebelas orang adik- beradiknya yang lain. Di sinilah beliau telah memulakan persekolahannya dan sambil bekerja demi kemiskinan dengan persekitaran perkemahan yang serba dhaif. Pada tahun 1965 beliau telah menamatkan pembelajaran menengahnya dan melanjutkan pelajarannya ke Fakulti Perubatan Di Universiti Iskandariah Mesir, dan tamat pengajian pada tahun 1972. Beliau selesaipengajian Sarjana di bidang Peditrasi (Perubatan Kanak-Kanak) pada tahun 1976 dan terus berkhidmat sebagai doktor perubatan di Hospital Nasir Khan Yunus, Palestin.
Semenjak pelajar lagi beliau amat aktif dengan kerja-kerja amal kebajikan dan dakwah apatah lagi semasa perkhidmatannya di Khan Yunus. Beliau sebagai jawatankuasa Majma' Islamiy di Gaza, pimpinan Persatua Doktor Arab, Pertubuhan Bulan Sabit palestin, beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah di dalam bidang perubatan kanak-kanakdan juga biologi di Universiti Islam Gaza bermula dari tahu 1978.

Pada tahun 1983 beliau telah dipenjarakan buat kali pertama kerana enggan membayar cukai kepada kerajaan Zionis Israel dan sekali lagi pada 1988. selepas turut sama mengasaskan gerakan HAMAS pada tahun 1987, maka bermula lah era penentangan bersenjata terhadap Israel. Buat kali ke tiganya beliau telah dipenjarakan pada tahun 1988 kerana penglibatannya dengan HAMAS. Beliau dibebaskan selepas dua tahun setengah dipenjarakan tetapi selepas tiga bulan beliau telah di penjarakan lagi pada tahun 1990 selama setahun dalam satu sel bersama Shiekh Ahmad Yassin, Bapa Perjuangan HAMAS.

Apabila bebas beliau kembali ke Gaza, beliau sekali lagi dipenjarakan oleh pihak rejim sehinggatahun 1997, Selepas keluar dari penjara tersebut, dalam tempoh tidak sampai setahun pihak berkuasa autonomi (Palestinian National Authority-PNA) yang diketuaioleh Yasir Arafat pula telah memenjarakan Dr. Rantisi pada tahun 1998. Selepas 15 bulan dipenjarakan akhirnya beliau dibebaskan kerana kematian ibunya. Belum puas menghirup udara kebebasan , beliau telah dipenjarakan lagi sebanyak tiga kali oleh PNA.

Beliau telah dibebaskan buat kali terakhir selepas beliau melancarkan mogok lapar dan apabila jet pejuang Israel menyerang para tahanan di penjara milik PNA. pembebasannya ini mengakhiri 27 bulan beliau depenjarakan oleh PNA. Selepas keluar masuk penjara akhirnya pada tanggal 10 Jun 2003, Israel dengan taktik bacul dan biadapnya telah melancarkan percubaan membunuh Dr. Rantisi dengan membedilnya dengan roket yang di lancarkan oleh Helikopter Apache mereka. Serangan itu menemui kegagalan apabila Dr. Rantisi dan anaknya yang masih kecil berjaya menyelamatkan diri mereka. Selepas Syahidnya Shiekh Ahmad Yassin pada 22 Mac 2004 beliau telah dilantik menjadi pemimpin Hamas di wilayah Gaza dan meningkatnya tentangan terhadap Israel.

Pencarian beliau berakhir pada Hari Sabtu 17 April 2004 beliau telah menemui Allah swt sebagai Syahid apabila kereta yang beliau naiki telah dibedil dengan roket dari helikopter Apache oleh pihak rejim Zionis di jalan al-Jallaa di wilayah Gaza...
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Status Syahidnya...

Ya Allah Menangkanlah pejuang-pejuang agama mu.......
TAKBIRRRRRRRRRRRR

No comments:

Post a Comment