Wednesday, January 28, 2009

Yahya Ayyash


Kisah Syuhada dari timur tengah yang terakhir ialah seorang yang amat disegani dikalangan rakyat Palestin serta merupakan idola bagi golongan anak muda dan pejuang-pejuang Hamas.


Yahya Abd al-Latif Ayyash merupakan pakar pembuat Bom bagi Hamas dan salah seorang pemimpin battalion Samaria bagi Brigade 'Izz al-Din al-Qassam sayap ketenteraan Hamas. Atas kebolehannya itu beliau digelar sebagai Al-Muhandis (The Engineer)

Ayyash dilahirkan pada 22 Februari 1966 di Rafat, wilayah Ramallah, Palestine. Merupakan anak pertama dari 3 adik beradik. Sejak kecil ia merupakan anak yang berakhlak dan menghafal al-Quran sejak kecil.

Ketika remaja ia amat meminati bidang elektrikal dan mekanikal khususnya membaiki radio dan televisyen. Setelah selesai sekolah tinggi beliau memasuki Universiti Bir Zeit pada tahun 1985 dan berjaya mendapat Bachelor Of Science bagi bidang Elektrikal Engineering pada tahun 1991. Tahun 1992 beliau menolak untuk menyambung pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi dan beliau terus melibatkan diri dengan pergerakan bersenjata sayap al-Qassam Hamas.

Kemampuannya mereka cipta bahan letupan dengan bahan mudah yang sedia ada di Palestine termasuk sabun. Intifadhah Palestin menjadi kian mekar dengan kejayaan pengebom berani mati di tempat-tempat strategik musuh Yahudi. Beliau meyumbangkan tenaganya dalam islam melalui kepakarannya membuat Bom dalam meneruskan Jihad Islam menentang pendudukan tentera yahudi di bumi Palestin. Beliau merupakan seorang yang paling dikehendaki Israel dan sentiasa diburu pengganas Yahudi. Bagi penduduk Palestin beliau merupakan idola bagi semua orang.

Ayyash merupakan sasaran utama Shabak, iaitu perisik rahsia Israel. Pada 5 Januari 1996, di gaza Shabak telah menggunakan tipu helahnya mempergunakan seorang teman Ayyash yang sanggup mengkhianatinya dan memberikannya telefon bimbit yang diisikan bom. Ketika Ayyash menggunakannya, pihak Shabak telah meletupkannya dan Allah telah mengabulkan cita-citanya iaitu Mati Syahid di jalanNya ketika baru berusia 30 tahun

Jenazahnya diiringi 500 ribu penduduk Palestin yang pastinya bakal melahirkan beribu-ribu Ayyash yang terus hidup pada masa depan....
InsyaAllah selepas ini shiekhtempang akan cuba bawakan kisah syuhada' dari Asia Tengah pula...... InsyaAllah..........
Doakan Shiekhtempang.... berjaya mengemudi blog ini.........

No comments:

Post a Comment