Wednesday, January 14, 2009

Anugerah Juara Lagu


Tak habis-habis dengan anugerah yang sememangnya saya merasakan tidak seharusnya berlansung ketika ini, program yang lebih dikenali dengan Muzik-Muzik bakal berlansung pada hujung minggu ini sewajarnya ditangguhkan kerana pertandingan sedemikian tidak memberi apa-apa makna dalam menentukan kemenangan dan kekuatan umat islam di Palestin...

Program ini yang majorotinya di sertai oleh golongan yang bernama umat islam.....

Tidakkah umat islam merasakan satu impak yang begitu menusuk kedalam hati sebagai seorang muslim apabila saudara-mara kita di bumi Gaza sedang bertarung dengan darah..... bahkan tetapi umat islam di Malaysia sedang bersorakan, menghitung siapakah yang akan menjadi juara dek kerana akan berlansungnya anugerah juara lagu atau muzik-muzik ini, Tamparan ini seharusnya dipandang serius oleh Media yang sudah mencapai usia 25 tahun ketika ini.

Apakah usia 25 tahun tidak tahu memikirkan antara baik dan buruk,

Apakah dengan usia 25 tahun ini tidak kenal diantara najis dan makanan,

Apakah usia 25 tahun masih tidak kenal erti hormat-menghormati, siapakah lawan dan siapakah kawan?

Apakah dengan usia Jubli Perak ini tidak faham dengan jerit payah umat islam di bumi Palestin...... sekiranya ini lah yang berlaku.... media inilah sebagai contoh yang menggambarkan anak muda berusia 25 tahun di Malaysia..... Begitu cetek dan dangkalnya umur sebaya ini.

Sememangnya media amat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sesebuah negara. Inikah yang dikatakan Inspirasi Hidupku.......... Cuba bayangkan Usia yang sebaya dengan media ini, mereka sedang bertarung habis-habisan bagi menyelamatkan Al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama bagi umat islam. Tidakkah kita melihat pejuang-pejuang Hamas sedang bertungkus lumus menyelamatkan bumi Palestin seterusnya menyelamatkan Masjid Al-Aqsa yang disebut dengan jelas dalam Al-quran. Sememangnya perjuangan mereka ini bukan hanya perjuangan menyelamatkan bangsa mereka tetapi perjuangan bagi menegakkan Aqidah umat islam termasuk kita yang berada di bumi Malaysia ini...

Sebagai umat islam yang hidup dalam keadaan aman di bumi Malaysia ini kita seharusnya merasa malu dengan menganjurkan program yang tidak mendatangkan natijah yang baik seperti ini. Kita seharusnya bersyukur kepada Allah swt kerana tidak memberi kita ujian yang berat seperti ujian yang sedang dilalui oleh saudara seagama kita di bumi Gaza.

Apakah Jawapan yang bakal kita jawab ketika bertemu dengan Allah swt nanti? Sanggupkah kita mengaku yang Umat Islam adalah saudara-saudara kita, sedangkan ketika umat islam memerlukan pertolongan, kita hanya mampu untuk berpeluk tubuh..... Jelas Sabda Rasulullah saw ; Tidak beriman seseorang itu sekiranya ia tidak mengasihani saudara-saudaranya..


Pada ketika ini sayang sekali sekiranya air mata yang membasahi pipi dibazirkan dengan meratapi kekalahan artis pujaan kita tewas didalam anugerah ini, seharusnya air mata kurniaan Allah ini digunakan bagi merintih pertolongan Allah bagi membantu saudara-saudara kita....

Pelbagai pihak seharusnya memaikan peranan dalam membendung program-program sedemikian....

Di manakah suara dari Majlis Fatwa Kebangsaan?

Di manakah suara-suara keramat Mufti?


Dimanakah suara Menteri Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri?

Dimanakah pegangan kita selaku umat Islam bagi mempertahankan aqidah kita?
Jangan hanya kita mampu untuk membaca atau mengenang kisah Khalid Al-Walid ketika sedang bertarung dengan maut apabila disiksa dengan kejam oleh rejim kufar dek kerana mempertahankan Aqidahnya yang suci....
Ya Allah Kami memohon pada mu agar memberi pertolongan kepada saudara-saudara kami di Palestin....
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia memdapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): " Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami. serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir."
(Surah Al-Baqarah : 286)





No comments:

Post a Comment