Monday, February 2, 2009

Sok-Sek 2 Adun di Perak

Sudah sampai masanya..... sitem penapisan didalam PKR diperkemaskan dan di perhalusi..... Kejadian yang berlaku di Perak adalah contoh teladan yang perlu difokuskan bagi menjamin kualiti Parti pada masa akan datang. Penghijrahan 2 adun PKR adalah merupakan proses pembersihan direct dari Allah swt untuk PKR..... Sesungguhnya Allah amat mengetahui apa yang Ia lakukan. Namun pula, BN menerima masuk 2 ahli EXX-PKR, 1 EXX-DAP dan Seorang pengkhianat Dari UMNO. Ini menunjukkan bahawa perancangan Allah untuk menghancurkan BN sudah memuncak. mereka diterima masuk kedalam BN tanpa mengira latarbelakang mereka yang kotor, kita tahu bahawa @ adun PKR ini terlibat dengan kes mahkamah yang akan dibicarakan pada 10 februari ini. BN masih lagi mahu menerima pesalah rasuah, walaupun BN sibuk mengatakan untuk membasmi rasuah diakalangan mereka, BN masih lagi menerima pesalah seks, walaupun BN sibuk memperkatakan ingin membasmi gejala rasuah seks di kalangan ahli mereka........ Lihat lah bahawa peracangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan... Shiekhtempang ingin berkongsi sedikit tentang apa yang dikatakan sebagai Istidraj......

Tahukan kalian darimanakah asalnya kekatu..... ia berasal dari anai-anai yang di kurniakan sayap....... Ini adalah contoh terbaik yang boleh diumpamakan seperti istidraj. Allah swt mengurniakan sayap kepada anai-anai dengan matlamat untuk menghancurkannya.... Apabila anai-anai memiliki sayap, mereka lupa akan diri mereka, bermegah-megah dengan sepasang sayap yang baru dimiliki mereka. Anai-anai yang mempunyai sayap ini di panggil kekatu. Kekatu seolah-olah lupa asal-usul diri mereka sehingga kan sanggup beterbangan keluar dari tempat penginapan mereka selama ini, Rata-rata kekatu yang keluar beterbangan masuk ke rumah-rumah manusia akan mati begitu sahaja.... Shiekhtempang teringat pesan ayah apabila kekatu masuk rumah, Ayah pesan tutup semua lampu dan buka satu lampu sahaja di luar rumah, bawah lampu yang menyala itu di letakkan se baldi air. Shiekhtempang bertanya kenapa? Ayah menjawab, nanti sayap kekatu yang mati x beterbangan ia akan melekat di permukaan air.... Lihatlah Allah swt mengurniakan rezki kepada mereka dengan tujuan untuk membinasakan mereka..... Jadi kita sebagai manusia perlulah sentiasa beringat dengan rezki, kemewahan, kudrat, kemenangan atau apa sahaja yang di kurniakan kepada kita agar Allah meredhai dan memberkatinya... Tidak untuk membinasakan kita....... Sekarang ini Allah sedang memberikan istidraj kepada BN atau Umno tidak lain tidak bukan untuk membinasakan mereka.....

Buat pejuang-pejuang agama Allah...... yakinlah apa yang berlaku adalah tarbiah dari Allah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji Hamba-hambanya yang taat akan perintahNya.... Mereka yang ingkar dan tidak kuat pertalian dengan Allah maka akar gugur tewas di pertengahan jalan....mereka ini lah golongan-golongan yang tercicir di jalan kebenaran....

Justeru itu shiekhtempang ingin mengingatkan bahawa kuatkanlah diri kita bergantung dengan Pencipta kita yang maha Agung..... Hanya kepadaNya lah yang layak bagi kita sebagai Hamba untuk bergantung harap.

No comments:

Post a Comment