Wednesday, February 18, 2009

Syiekh Abdullah Azzam

Lama dah rasanya Shiekhtempang tak menulis pasal kisah-kisah Syuhada'...... InsyaAllah kali ini shiekh tempang nak bawa anda semua ke Asia Tengah.... bagi mengenang para syuhada' serta menambahkan lagi kekuatan dan istiqamah kita untuk berjuang menegakkan agama Allah.

24 November, 18 tahun Islam. Seorang tokoh pejuang Islam telah kembali menghadap Allah swt dengan begitu indahnya iaitu Syiekh Abdullah Azzam.

Syiekh Abdullah Azzam dilahirkan di sebuah perkampungan di utara Palestin iaitu di selat al-Hertha di daerah Jenin pada tahun 1941. Abdullah Azzam berasal dari keluarga yang baik dan teguh agamanya. Rakan-rakan mengenali Azzam sebagai seorang Wara' dan sangat berhati-hati dengan dosa.

Beliau berkelulusan PHD dalam bidangUsul Fiqh dan MA dalam bidang Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Sebelum ini, beliau memperolehi ijazah BA dalam jurusan Syariah di Universiti Damsyik, Syiria. Sejak Syiekh Abdullah Azzam meluangkan sepenuh masanya untuk berjihad, beliau telah berjaya mengubah pandangan umat islam tentang kepentingan jihad yang merupakan satu tuntutan Islam terhadap umat Islam yang mukallaf. Beliau banyak menulis kitab tentang jihad dan tersebar seluruh dunia. Beliau berpindah dari Palestine dan berjihad di bumi Afghanistan. Beliau dan isterinya menolak jawatan pensyarah Universiti demi mencari kematian yang mulia.

Perjuangan Jihadnya di bumi Afghanista akhirnya mendorong ramai para mujahidin seluruh dunia turut sama membantu saudara mara di bumi Afghanistan. Ini menjadikan beliau sasaran utama musuh untuk membunuhnya. Pada Tahun 1989, sebuahBom telah diletakkan di bawah mimbar yang Syiekh Abdullah Azzam gunakan untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Dengan kebesaran dan pertolongan Allah swt bom tersebut tidak meledak dan ratusan orang terselamat.

Tanggal Hari jumaat 24 November 1989 di Peshwar,Pakistan. Musuh-musuh islam telah menanam 3 buah bom di jalan yang sempit. Abdullah Azzam meletakkan keretanya di mana terletaknya bom berkenaanyang telah siap di pasang. Ketika beliau berjalan menuju ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat, bom tersebut meledakdan Syiekh Abdullah Azzam gugur Syahid bersama Dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim, beserta dengan anak lelaki al-Marhum Shiekh Tamim Adnani(pejuang Afghanistan)

Setelah ledakan bom itu berlaku, keluarlah ahli masjid. Mereka melihat keadaan mangsa letupan yang amat mengerikan. Serpihan mayat bertaburan di atas kabel-kabel elektrik. tetapi tubuh abdullah Azzam dijumpai bersandar pada sebuah tembok dalam keadaan sempurna dan tiada luka-luka atau kesan cedera kecuali sedikit darah yang mengalir dari bibirnya. As-Syahid Abdullah Azzam dikebumikan di tanah Perkuburan Shuhada'Pabi di mana terletaknya ribuan para Syuhada' disitu. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh beliah.... Al-Fatihah......

No comments:

Post a Comment