Wednesday, March 4, 2009

Ayah dan Parkinson


Semalam, adalah giliran aku membawa ayah untuk membuat rawatan Parkinson di Hospital Kuala Lumpur. Aku diberitahu oleh emak tentang keadaan ayah yang kurang sihat dan agak lemah sejak beberapa hari kebelakangan ini...... Pada Hari Isnin Malam aku menjemput ayah dan emak dari rumah abangku di Cheras....... Ternyata keadaan ayah amat lemah dan seolah-olah tidak bermaya sehinggakan aku terpaksa mengangkat ayah untuk naik ke kerusi roda. Kebetulan tenaga elektrik di rumah abang tiada pada malam itu...... Aku mengangkat ayah dari kerusi roda untuk masuk ke dalam kereta..... Aku membawa ayah dan emak menuju ke rumah ku...
Tepat jam 7.00 pagi (3/3/2009) aku memulakan perjalanan bertolak dari rumah menuju ke hospital... Ternyata keadaan di Ibu kota amat sesak..... sehinggakan
terpaksa terlibat dalam kesesakan jalan Raya... Tepat jam 8.30 pagi aku sampai di HKL dan aku terus menuju ke Pusat rawatan Kaji Saraf..... atau dengan lebih tepat lagi Klinik Neurologi. Sampai sahaja di sana aku menguruskan pendaftaran ayah untuk rawatan ulangan setiap 4 bulan sekali.... ternyata ramai orang yang hampir sama penyakit dengan ayah sedang menanti di ruang menunggu. Aku melihat keadaan ayah semakin tidak stabil kerana kekuatan ubat yang ayah makan pukul 6.00 pg td telah tidak berfungsi lagi.... Jam baru menunjukkan pukul 9.00, sedangkan waktu makan ubat sepatutnya adalah pukul 10 nanti.... Aku memberitahu pada emak kene bagi ayah makan ubat sekarang.... Takut keadaan ayah semakin tidak bermaya nanti berjumpa dengan doktor....




Apabila selesai pendaftaran.... Aku membawa ayah ke bilik NO 7, yang merupakan bilik pakar saraf yang selalu merawat ayah... Sehinggakan pada sesi yang lepas aku bertemu dengan doktor pakar dan mereka amat mengenali ayah..... dek kerana ayah merupakan antara orang yang paling lama mendapatkan rawatan Parkison di HKL. setelah beberapa pembantu jururawat mengambil tekanan darah ayah..... Alhamdulillah tekanan darah ayah agak stabil 127/79.... sempat ayah tersenyum dan memberitahu ku. Alhamdulillah darah ayah ok..... aku membalas senyuman ayah sambil tertawa...... Sambil menguruskan ayah aku sempat melihat telatah pesakit-pesakit yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Sememangnya penyakit ini tidak mengira umur.... Yang tua mahupun yang muda, tidak kira lelaki mahupun wanita...... dan tidak juga mengira kaum..... Ya Allah Kau sememangnya lebih mengetahui apa yang Engkau Lakukan..... Sambil aku membaca surat khabar, emak yang sedang duduk menunggu, dan ayah yang sedang duduk di atas kerusi roda.... sambil memikirkan tentang kekuatan dirinya yang sentiasa bergantung dengan ubat....... Aku terdengar nama ayahku dipanggil... Omar Bin Yop Masry..... lantas aku bangun dan membawa ayah masuk ke dalam bilik untuk bertemu dengan Pakar.......


Masuk Saje aku ke dalam bilik ayah di sapa oleh doktor, Yes PakCik... Apa Khabar?..... So macamana PakCik?....... aku menceritakan tentang keadaan ayah yang agak lemah sejak kebelakangan ini..... aku juga menceritakan kepada doktor tentang kaedah pemakanan ubat ayah..... pada pertemuan yang lepas doktor ada delete satu jenis ubat, bagi melihat keadaan ayah ku pada kali ini... dan aku turut mencadangkan bahawa ubat lama itu di berikan semula......

Disamping itu juga aku mendapat penerangan tentang ayah dan perkaitan ubat-ubatan yang dimakan oleh ayah.... sememangnya terdapat beberapa kesan sampingan apabila memakan ubat-ubatan ini...... antara nya kadang-kadang pemikiran kita akan hanyut dan tidak mampu berfikir dengan betul, aku sempat merenung wajah ayah yang duduk di atas kerusi roda, ia seolah-olah pasrah dengan ketentuan ilahi ini..... aku juga memberitahu doktor tentang mata ayah yang selalu kemerahan... Doktor menjawab ini merupakan salah satu kesan sampingan ubat yang dimakan oleh ayah..... Ternyata ayahku merupakan seorang yang kuat semangat, tidak mudah putus asa dengan pelbagai ujian yang menimpa dirinya..... setelah selesai berjumpa doktor, aku berususan dengan pembantu jururawat untuk mendapatkan tarikh pemeriksaan akan datang.....

Aku memberitahu ayah...... 23/6/09 nanti kita datang lagi...... Selesai sesi pemeriksaan, masuk ke sesi pengambilan Ubat-ubatan...... aku menunggu di kaunter Farmasi untuk mengambil ubat-ubatan ayah mengikut slip yang dilampirkan Doktor. Hampir 15 minit aku menanti nombor giliran ayah dipanggil....... Jam menunujukkan 11.45 dan kami terus pulang kerumah..... Di dalam kereta ayah berkata......Jom kita pergi makan? ok jawab ku.... Doktor cakap tekanan darah ayah OK kan? kalau ok ayah nak makan Nasi Briyani boleh....... ok no problem..... tersenyum emak melihat telatah ayah...... aku membawa ayah dan emak makan di sebuah restoren yang sering aku dan isteri kunjungi..... Ternyata masakan kegemaran ayah Nasi Briayani dan Kari Kambing mampu untuk melupakan kesakitan yang ditanggung ayah...... riak kegembiraan ayah dan emak membuatkan aku gembira..... Ayah sempat juga mengingatkan aku supaya membeli sebungkus nasi untuk isteriku yang berada di sekolah... setelah selesai Kami pulang kerumah.

..........Ayah dan Emak........
..........Aku bangga menjadi anakmu..........
..........Mempunyai ayah yang Kuat dan Cekal menempuh kehidupan..........
.....membesarkan aku sehingga aku menjadi manusia.....
.....Ibu yang tabah melayan kerenah anak mu ini disamping tabah menjaga ayah disisi.....
.....Segala pengorbanan yang Ayah dan emak berikan takkan aku persiakan.....
..........Ayah dan Emak........
..........Ketahuilah yang aku amat menyayangi Diri MU..........
..........Ya Allah Ampunilah Dosa-dosan kedua ibubapaku..........
..........Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil..........
..........Aminnnnnn Ya Rabbal Alamin..........

No comments:

Post a Comment