Tuesday, March 17, 2009

Tafsir Hizbi (Pejuang-Pejuang Agama Allah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

_____________________________________________________

سُوۡرَةُ المجَادلة
Al-Mujadila : 20,21 & 22

إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحَآدُّونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥۤ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ فِى ٱلۡأَذَلِّينَ ٢٠

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. (20)


ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغۡلِبَنَّ أَنَا۟ وَرُسُلِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ۬ .٢١
Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (21)

لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ۬ مِّنۡهُ‌ۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ ٢٢
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (22)
___________________________________________________

Didalam ayat diatas jelas menggambarkan bahawa status yang telah Allah letakkan kepada golongan-golongan yang menentang agama Allah adalah ditempat yang amat hina.
Apakah gambaran bagi seseorang manusia pada status hina dalam ayat diatas...Kita lihat kini pada pandangan manusia sampah dan najis adalah dua perkara yang dianggap hina oleh manusia....

Namun tetapi pada hari ini Sampah yang dianggap hina pada sisi manusia telah mendapat tempat di hati manusia, dengan terbuktinya pelbagai syarikat dan agensi ditubuhkan semata-mata untuk mengumpulkan sampah... ada juga kita dengar manusia bergaduh disebabkan sampah. Dengan mendapatkan sampah ia mampu untuk menjana pendapatan manusia. Begitu juga dengan Najis yang mana pada hari ini Najis ini dikumpulkan bagi dijadikan baja pada tanaman sehinggakan manusia terpaksa membeli baja yang datangnya dari najis ini. Itulah hakikatnya HINA disisi manusia, tetapi bagaimana pula disisi Allah.

Bagaimanakah pengaplikasian Hina ini disisi Allah?

Sekiranya manusia termasuk didalam golongan Hina disisi Allah maka hinanya manusia adalah lebih hina dari sampah dan Najis. Begitulah juga Allah menerangkan kepada manusia kini iaitu terdapat golongan manusia yang beriman kepada Allah dimana mereka terpaksa bergaul dan berkasih mesra dengan golongan yang dianggap Hina oleh Allah ini, walaupun ia terdiri dari sahabat handai kita, kaum keluarga kita, Adik-beradik kita, anak-anak kita bahkan juga walaupun ibu-bapa kita. (Nauzubillah), Inilah peranan dan realiti seorang pejuang yang perlu dihadapi oleh orang yang benar-benar dikatakan Hizbi oleh Allah swt didalam ayat ini. Kita lihat bahawa mampukan manusia-manusia yang beriktikad sebagai pejuang ini, melihat orang yang begitu hampir dengan kita, seperti kaum keluarga kita dan sebagainya dilabelkan sebagai golongan yang Hina disisi Allah ini. Cubalah kita bayangkan bagaimana perasaan Junjungan besar Baginda Rasulullah saw apabila ia melihat bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Lahab diletakkan sebagai status Golongan yang Hina oleh Allah walaupun ia merupakan orang terdekat dengan Nabi Muhammad saw. Kita lihat bagaimana ketika Nabi Muhammad saw lahir kedunia, bahawa Abu Lahab lah orang yang paling gembira dan menghebahkan berita bahawa anak saudaranya telah lahir ke dunia. Mampukah kita untuk meneruskan agenda perjuangan yang masih belum selesai ini.
Yakinlah wahai Hizbullah sekalian bahawa janji Allah itu pasti..... dimana pada penghujung surah ini ada menyatakan ......

Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (22)



Syukran..........
Aku Hamba Yang lemah lagi Hina.....

No comments:

Post a Comment