Monday, March 30, 2009

Mullah Dadullah




Mulla Dadullah telah aktif sebagai aktivis Gerakan Thaliban sejak permulaan penubuhannya lagi, iaitu di wilayah Qandahar, Barat daya Afghanistan pada tahun 1994. Tetapi Mullah Dadullah berada dalam arena Jihad sejak tahun 80-an dan beliau memimpin sebuah batalion mujahidin dalam peperangan menentang Soviet Union, saat itulah beliau kehilangan kakinya,namun tetapi ia bukanlah alasan untuk beliau meninggalkan Dunia Jihad yang suci ini. dan antara ungkapan kata-kata beliau...


" Semoga hilangnya satu kaki ini menjadi bayaran untuk mendapatkan tiket menuju Jannah"

Ketika rejim Amerika menyerang Afghanistan pada November 2001, Mullah Dadullah memimpin satu komanden yang berjihad di wilayah Utara. Disanalah banyak pasukan Thaliban terjebak dan kemudian dikepung oleh pasukan musuh di Qunduztetapi beliau tidak mahu menyerah diri. Dadullah terlepas dari satu kepungan dan kemudia beliau bergiat aktif semula di Kajai, iaitu di tanah kelahirannya di Helmand.

Pada Umumnya, pemimpin Thaliban cukup tertutup dari media masa, Mulla Dadullah inilah satu-satunya komanden pasukan Thaliban yang menampakkan jati dirinya dihadapan media massa. Pada awal tahun 2007, Dadullah bertekad untuk meningkatkan serangan terhadap pasukan penjajah. Tindakan ini juga telah menyebabkan kerugian besar kepada pihak musuh antaranya beliau pernah berhasil melakukan pertukaran tawanan antara Jurnalis Italy dengan pembebasan Lima orang komanden Thaliban pada bulan April 2007.

Selepas beliau meningkatkan gerakan ketenteraan dan penculikan dalam usaha melepaskan kawan-kawannya yang berada dalam penjara Bagram ataupun Guatanamo. Namun, belum sempurna perancangan dan keinginannya tercapai, Allah telah mengurniakan Syahid kepadanya pada hari ahad tanggal 26 Rabiulawwal 1428 bersamaan 13 Mei 2007. Beliau Syahid dalam Usia 40 Tahun, setelah melalui jalan yang panjang bersama perjuangan menegakkan Islam.

Al-Fatihah...........

No comments:

Post a Comment